Wednesday, October 29, 2008
Zaman Teen Ager

Tetiba dapat gambo ni kawan bagi thru FB. Tak teringat kat mana, tahun bila, event apa... Blurrr. Tapi kawan kat sebelah aku tu memang kawan aku dari sekolah rendah lagi.. Tuty. Mungkin masa Form 4/5 kot. Tak ingat la beb! Huhhuu.. tapi bila tengok cermin mata bulat besar tu, tergelak pun ada. Kata my mom, "cantik..tengah fesyen nih"... walaupun hatiku meronta2 tak nak, tapi mak dah pilih, pakai je lah.

Labels:

posted by Insan Bokoh @ 10:40 PM   10 comments
If Only I Could

If only i could be like the girl...
If only i could stand tall and tell...
If only i could face the world so confident.. so defiant..
Just give me a second to be like the girl...

I have hoped,
I have prayed,
I have planned,
I have striven...
I have broken,
I have shattered...

But, i know hope will prevail...
Unsubdued by the stricken weakness...
Sooner or later, i will be the victor...
Crush and charge, ready to conquer...!

Labels:

posted by Insan Bokoh @ 1:23 AM   4 comments
Monday, October 27, 2008
Geram Berdentam Dentum
Ini kesah cerita geram yang berdendam dentum kat hati ni...

Alkesah bermula bila jiran sebelah rumahku membela anjing. Nak kata anjing ni bodoh.. tak la h jugak... nak kata dia bijak pun.. 50/50 ler... Tapi yang penting Tuan dia yang bodoh, tak reti nak pikir. Anjing putih ni selalu bosan sebab Tuan dia tak pernah pun nak bawak dia jalan2 kuar rumah sambil menyahut panggilan alam. Panggilan alam nye di buat di dalam kawasan porch rumah nyer. Pulak tu.. Tuan nyer jenis yang terlampau rajin sampai ketulan2 tu takde pun di bersihkan tiap2 hari. Dibiarkan 2-3 hari sekali jirus. Aku ni pulak memang suka binatang. Aku tak kesah.. kucing ke.. anjing ke.. aku ajak borak.. Hehe.. Tu lah kelemahan diri... Anjing ni kalau aku balik umah, slalu dia datang kat aku. Walaupun ekor takder, tapi nampak bontot dia goyang kirir, goyang kanan... Manja le tuh! Tapi, at the same time, aku naik loya jugak dengan bau harum semerbak yang datang dari umah sebelah nih. Yang aku kesian, anjing ni tak pernah bermandi. Dah naik kurap dah, luka2 badan dia asik terkeruk gatal. Padahal, kalau di jaga, anjing ni pasti cute.

So, kadang2 bila anjing tu bosan, dia rajin gak tolak kerusi supaya dia boleh panjat kuar. Ala... kerusi yang macam kat opis yang beroda tu.. Asik menghilang jer.. Satu hal la Tuan dia kene carik keliling kampung. Last2, Tuan dia ikat kerusi kat depan pintu umah.

Haha.. tak lama tu.. bunting la pulak anjing tu... Laa.. Kegatalan melanda diri rupanyer... Patut la asek menghilang... Keluar 4, mati 1. So, tinggal 3. 2 warna coklat, 1 warna hitam, bulu kembang... Confuse aku tengok anak2 dia.. Tak rupa mak pun... Pastu hobi dia suka sangat menggigit pagar umah yang men-divide-kan umah kami. Naik lunyai pagar tu. Takder le tinggi mana. 4 kaki jer..


Rupa2nyer... dia sudah ada plan nak bertandang kat umah aku rupanyer.. Kalau sekali je masuk tak kesah lagi lah... Ni tak... Dengan anak2 dia dah menyeberang masuk dah.. Sekarang dah jadik rutin plak.. Brapa kali dah aku sound Tuan sebelah umah ni.. Tapi bagaikan mencurah air di atas daun keladi... Sengih2 mintak sorry... Huhhuuu...

So, nak di jadikan satu cerita... Malam Sabtu lepas, aku tak bole tido. Aku kuar umah dok kat depan umah. Tiba2, ada kucing datang. Comei giler, Tompok hitam putih. Dia dengan tak malunyer datang dekat gesek2 kat aku... Confusenyer aku ngan kucing ni.. Dari mana datang? Jiran aku yang mana satu ada banyak kucing ni? Yang kelakarnyer, dia sudah golek dalam kawasan porch umah aku... Anjing sebelah dah mula nak mengamuk dah. So, sebelum dia menjerit tengah malam, baik aku masuk umah.

Kul 3 pagi. Kebetulan aku tdo kat hall umah, terdengar bunyi pagar bergoyang2. Aku jenguk keluar.. Mmmm.. confirm anjing sebelah dah menyeberang masuk. Ni buktinyer... Hish.. Hish..

Tapi... tiba2, dia gi kat tempat kucing tadi golek2 dan teruuuuusss dia amek position. Position nak qadak hajat... SIOOTT!!!! Dia dah tinggalkan souvenir kat porch umah aku... Huuuwwaaahhh!!!!

Satu malam aku tak leh tdo.... marah kat owner anjing tuhhh... Pagi2 lepas suboh.. aku amek kertas, amek pen... aku tulis surat cinta 3 helai kat owner sebelah.. Aku letak atas windscreen kete dia.. baru belah balik kampung... Bengang nyer aku...!!

Labels:

posted by Insan Bokoh @ 7:54 PM   6 comments
Wednesday, October 22, 2008
Kampung Halaman Bapaku
Aku di lahirkan di bando ni. Tak sempat 30 hari, aku dibesarkan di bando lain. Dari baby lagi aku duduk kat umah teres. Tak berasa kampong pun... Perbezaan nakal kampong and bando:-

Bando nyer nakal...
1) Bila gate di kunci, aku masuk celah lobang longkang umah aku sebab nak gi umah bestfren - Age 3.
2) Mak aku tutup longkang dgn batu beso... aku panjat gate umah sebab nak gi umah bestfren - age 4.
3) Aku cabut kepala teddy bear bestfren aku masa birthday party dia - age 5.
4) Aku cako belakang bestfren aku masa birthday party aku - age 5.

Haha... gaduh ngan bestfren.. apa daa.. So, dah beso ni baru la aku terperasan, aku tak dapat jadik nakal macam cousin2 n kwn2 aku yang lain. Diaorang activity:
1) Main parit beso yang kalau air laut pasang, confirm penuh lah parit tu. Siap berenang2 lagik..
2) Tangkap berudu, pastu main masak2.
3) Panjat pokok2 kat kampung tu. Ada skali kene tangkap sebab skodeng.
4) Malam2 kuar gi tangkap udang galah dan belangkas.
5) Bertumbok... ala2 samseng kampung.

Tu yang teringin kan dok kampong nih... Tak sabarnyer nak kuar KL....!!!!

Hehe.. kalau pandai, teka la bando apa ni?


Dari highway...

Masuk dari simpang beso...

My uncle's house...

Dia ni pencen cikgu bahasa inggeris. Anak murid dia panggil dia ‘Sir’. Haha... Janji paip kene bagi asap. Rokok tak kelas laaa... Mula lah mendengo ‘Sir’ bercerita.. Fun giler pakcik aku nih...

Parit dekat kebun my dad...

Merentasi sungai...

Zaman dolu2, takde jambatan, cuma ada feri service pada mereka yang ingin ke seberang sana... Antara pengusaha2 feri dolu is my uncle... Ayah Ngah (arwah dah). Sekarang, dah ada jambatan. Bila malam menjelang, ramai pulak yang memancing kat atas jembatan ni.. Tak kesah lah dgn kete, motosikal, lori, bas yang lalu kat situ. Baru ku tahu memancing pun kene ada macam2 posisi, kan? Punye lah tak sedo org memerhatikan dia.. Dudok tu.. kenelah elok2 bang.. Zina mata aku dibuatnyer.. Hish.. Hish...

Bila siang hari pulak, baru nampak sket keliling. Dah dicantikkan kawasan di tepian sungai ni. Banyak facilities yang baru dan cantik. Tapi 7/8 thn lepas, sungai dah mula polluted, banyak hakisan kat pantai. Pasir ditolak naik, tinggal lumpur je kat air. Air pun dah naik keruh. Nasib baik ada pihak yg amik inisiatif nak membaik pulih keadaan di kawasan ni dan sekitarannye. Sekarang, ada satu jentera yang mengangkut selut dan lumpur di kawasan berdekatan dgn pantai dan sungai kemudiannye di buang di kawasan tengah laut. Dengar cerita, pokok2 bakau dah mula di tanam di kawasan yang terhakis teruk. Mmm.. tak tau lah camna diaorang nak handle pollution yang disalurkan ke sungai2 pula. Di mana ada pembangunan, mesti lah ada pollution
kan... Nak minta UEM Environment buangkan sisa perindustrian pulak makan belanja berpuluh2 ribu... Tepaksalah buang kat kebun getah org kampung.. ye tak? Kesian org kampung... Dah la kita pening ngan pollution kat bando. Rupa2nye.. org kampung pun mula pening bau buangan toksik.. Kesian...

Yang penting, bila balik ke KL, mesti singgah kat gerai2 tepi jalan, beli buah tangan dari bando nih..




posted by Insan Bokoh @ 3:34 AM   4 comments
Tuesday, October 14, 2008
HARI RAYA GATHERING AT WISMA PUTRA

We were invited by the admin team of Wisma Putra to attend the ceremony. Went with Adilah, just the 2 of us. We planned to go a bit early coz it usually rain cats and dogs outside, especially during the evening. Luckily, the weather was fine, shining throughout the evening.

Upon the arrival, many black limousines, merc with red plate number, queuing and moving in slowly towards Wisma Putra. All i could see was the driver. Some are Malaysians, some are not.

Shoot! No parking... The parking lot is full of limos and cars. Nadi Pura busses are there at the same time... So how?? Ahh.... just park by the roadside lah. It would be easier for me to go out later. Hehe.. So, i parked behind a merc. Mine is Ferrari. A 12 year old Ferrari. Am proud of it.. done me good all these years. Sometimes it creates music to my ears.. You know lah.. sometimes u can hear like there's a mouse nearby, sometimes a frog nearby, sometimes.. some noises u just can’t explain... I always ask myself, “What the @*!!! was that?” So, when time goes by, i learn to ignore the noises. And drive peacefully.. I have made peace with my Ferrari..

While walking in.. ooohh... the drivers are queuing to pick up their bosses one by one lah. Dato’ Rais Yatim nearby, bidding them farewell. Mostly ambassadors and consulates. Ok.. then, my entry will be at the far right. Thot of shaking hands with Rais, but to many people lah.. Lots of medias, so, i went straight in to look for some familiar faces..

Hehe.. I saw Tengku. A tall handsome guy with a gouty. Then i saw Tn. Hj.. a very, very, very friendly guy that does not sound like a boss. Then, at last Mr. A, another handsome young guy that looks exactly like Anuar Zain. All of them in baju melayu attire, so well dressed for the occasion. The sate and roti jala was delicious. Few of those are enuff for me coz i plan to cycle afterwards...

Then, suddenly, i heard something really funny on the speakers. The songs they played was like traditional folks songs. Never heard that kind of music before. Then, i saw this one group of elderly on the stage... So cute. One of the uncle far left was shaking his butt. From one song to another... Haha... He sure was entertaining...

Nearing 6pm, we started walking towards our cars. Had fun and full at one go... Hopefully, tomorrow will be a good day like today...

Labels:

posted by Insan Bokoh @ 8:35 PM   9 comments
Monday, October 13, 2008
I Wish

I wish today is peaceful,

Somewhere out there is not...

I wish there is harmony and calmness,

Quarter the world is not...

I wish I could share joy and laughter,

But the world is so far apart...

I wish love and happiness could prosper,

Yet money speaks louder than care...

I wish all children are cheerful and jolly,

Someone's child would duck heads to steer bullets...

I wish telling beautiful stories and shared with friends and family,

While some would grief and hide their tales...

Why is it so difficult to decide and think what to wish for?

Why can’t we just wish all sorrows and hurts would end?

Coz, human do wishes something bad would happen to someone,

To make their wishes come true...

Cruelty is sometimes not what you see with your eyes, it exists from unseen unkind minds and hearts.

Labels:

posted by Insan Bokoh @ 5:36 PM   2 comments
Sunday, October 5, 2008
A Lost Cause – In Memory of Siti Aishah (Part 1)

Cerita ini berdasarkan kisah benar yang dilalui keluarga kami sejak 10 tahun lalu. Cerita ini tidak membawa maksud memalukan mana2 pihak atau mana2 individu. Tetapi untuk sekadar berkongsi dan di jadikan pengajaran hidup buat semua. Cerita ini juga di ilustrasikan dari sudut pandangan aku seorang, dari hatiku sendiri. Janganlah ada sesiapa terasa pedas sebab cerita ni sebenarnya panassss...

9 tahun kami sekeluarga menerimanya sebagai ahli keluarga. Sekelip mata juga Allah memisahkan kami. Peritnya pula semakin dirasa. Mungkin Allah lebih mengetahui. Mungkin Allah melindungi.

10 tahun dahulu..

Papa telefon aku, tanyakan samada ok ker kalau papa mama nak amik anak angkat. Pada waktu tu keluarga aku sudah pun kehilangan seorang adik lelaki semasa berumur 4 tahun. Demam virus doctor kata. Kadang2 balik kampung rasa sunyi gak. Kalau ada adik sorang lagi pun aku orait je. Sekurang2nya papa mama aku ada teman di rumah. Masa tu baru ura2 je sebab ada jiran depan umah yang dah bertanya kat papa mama, sanggup tak jaga baby.

Satu petang sekali lagi aku terima panggilan dari mama kata baby tu dah ada kat dalam umah. Fuhh.. cepatnya baby sampai...? Pelik gak. Ada cerita disebalik tu rupa2nya.

Baby girl berumur 4 bulan setengah yang my parents terima hanya berbalutkan kain batik. Menggigil2 baby tu sbb dah lama tak minum susu. Minum teh ‘o’ je kata makciknya. Bila my dad bukak je balutan batik tu... terperanjat besar... bahana 4 hari tak tukar lampin. Dengan bau busuknye, dengan nappy rash dari peha ke mid abdomen, malam tu jugak my parents bawa baby ke klinik. Yang terharunya, nama baby pun tak tahu. Masa register kat klinik, nama yang terlintas kat kepala my dad is nama isteri Nabi Muhammad SAW, Siti Aishah.

Doktor pun check lah. You know what happened?

Doktor nak report polis, marah2 my dad, jari dia menuding2 kearah my dad’s face, menggigil menahan marah... sebab ingatkan my dad dera baby. Nasib baik my dad tak ikut emosi. Kalau tak dah lama my dad bukak silat gayung dia... Hehe.. Explain punya explain, barulah doctor faham. Nasib baik my dad keje gomen, medical expenses covered lah.

Bagaimana dan kenapa Aishah di serahkan kepada my parents?

Mak kpd Aishah dah takde, tak bekerja, takde duit, tak larat nak jaga baby sendiri. Ntah dimana lokasi dia.

Bapa kpd Aishah hilang tanpa berita.

Makcik kpd Aishah tgh sarat mengandung. Tak sanggup nak jaga. Janji kpd my dad mintak tolong jaga 2 minggu je.. Nanti dia usahakan cara lain. Makcik Aishah sendiri bagitau yang Aishah telah diberi kepada satu keluarga India. Takut nanti Aishah tu membesar dengan berlainan agama, maka dia cuba beri peluang kepada Aishah dengan menyerahkan kepada kami buat sementara waktu.

Oklah.. kami sekeluarga sebulat suara menerima Aishah dengan hati yang terbuka. Walaupun kami tahu keluarga makcik Aishah berpecah belah dan tiada pelajaran sekolah yang cukup. Kami tahu makcik Aishah bukan orang yang normal. Kami pun tidak tahu asal-usul keluarga Aishah. Pada saat dan ketika itu, biarlah mereka dengan keluarga mereka. Sekurang-kurangnya Aishah ada peluang kedua untuk hidup seperti keluarga normal yang kita lihat disekeliling kita. Sekurang-kurangnya dia dapat dirawat dan diberi makan minum secukupnya. Sekurang-kurangnya dia tidak lagi bersama keluarga yang berlainan agama.

Bermulalah titik pertama warna-warni di kanvas kehidupan keluarga kami...

Labels:

posted by Insan Bokoh @ 6:51 PM   11 comments
My first fiction write-up : Bagaikan mimpi (Part 1)

Bagaikan baru semalam aku berjumpa dgn mamat. Kejam kelik, kejam kelik, dah 5 tahun lebih aku mengenali dia. Berbagai macam rasa dan perasaan yang menyentuh aku sepanjang waktu perkenalan ini. Tak ketinggalan, berbagai rasa duka dan gembira yang dilalui. Kelakar pun ada... Tak tau aku mcm mana nak mulakan kisah kami.

Perwatakan mamat sungguh berbeza. Kadang2 rasa peliknyer mamat ni. Orangnya asyik senyum tersipu2 malu. Mulut tak pernah berkata2... pendiam. Kali pertama aku berjumpanye semasa rakan seofis meng-introducekan dia kepada aku. Punya lah pelik. First date aku kali ni jadi group date, makan malam di sebuah restoran mamak di Damansara. Aku duduk mengadap suami kawanku. Mamat pula duduk di sebelahnye.

Alamak!!... Siang2 lagi aku dah reject. Mana taknyer, perutnye jelas menunujukkan yang dia memang sedang berkembang maju. Pakaiannye, tshirt berkolar warna gelap, slack hitam, berkasut kulit tapi takde stokin. Laaa... Ada jugak org macam nih... Too simple for me. Member pun bukanlah cerah sangat. Not my taste, please. Aku memang suka yang berkulit cerah, pakai cermin mata.. Baru nampak intelligent!

Wah..wah.. Mamat nak tunjuk muka control beb! Tapi tersenyum simpul. Sepanjang malam tu aku asek berborak dgn kawan se ofis aku. Punyalah pendiam mamat tu sampai kadang2 terlupa dia wujud kat situ. Malam pun dah semakin lewat. Last2 baru aku teringat. Sebab utama aku ke situ untuk berkenalan dgn mamat. Ada jugak kdg2 aku terperasan dia mencurik pandang kat aku beberapa kali. Hehehe... Masa tu aku tengah kurus, tapi baru lepas kene chicken pox. Sebulan beb! Mana tak kurus lepas tuh.. Tapi muka aku masih ada bekas chicken pox.. Dah mula fade parutnyer.

Aku pun dengan selambanye bertanya,

“ En. Rizal, kata nak berkenalan kat saya. Tapi, tak berborak2 pun....”

Dia pun aku rasa mcm terrrmalu skejap tapi cepat2 cover line,

“Doh berkenalan doh ni....”

Laaaaaa... Patutla taknak berborak. Slang Ganu dia pekat beb!! Nak tergelak gak rasanyer tapi taknak lah guriskan ego lelaki.

Aku: “Mcmn bisnes?”

Mamat: “OK”

Laaaaa... Tanya sepatah jwb sepatah camni haruuu laaaa... So, takyah lah berkata2. Aku pun terdiam, dia pun terdiam. Last2 for the first time, mata bertentang mata... Lama beb...

Ada org, bila bertentang mata, ada rasa ala2 electric wave berlawan2. Tapi kali ni tak rasa pun... Mungkin sebab dah lama tak bercinta, agaknye kene electric shock baru bole rasa kot... Hampeh..!!

Tapi apa yang aku perasan, bila mata bertentang mata, mcm ada rasa sejuk sket hati ni. Tak tau lah sebab apa. The only good feeling I felt that night.

Tak lama pastu, kami pun bersurai lah.

Disebab semalam dah bgtau my mom yang aku akan keluar date malam ni, so, aku pun tepon balik kat mak aku... Nak berceritakan frustration aku lah.

Aku: “Ma... Reject la maa... Boroi ah. Not my taste. Pastu slang ganu dia pekat la. Bole ke papa terima?”

Aku tau bapak aku tu ada banyak sgt criteria untuk bakal2 suami anak perempuan dia. Sebab tu agaknyer anak dia tak kawin2 sampai sekarang.

Mama: “Lagi apa lagi citer. Takkan tu je?”

Aku: “Dia ada la juga belaja kat Mekah. Sebelum tu kat sekolah pondok.”

Mama: “Bagus tu. Kalau kawin dengan Fara, mesti pasangan yang best. Sorang betul yang boleh membetulkan sorang lagi yang tak betul.”

Laaaa... Macam tu pulak mak aku kata. Ni yang tak best ni. Dah dapat restu mak nih... Aku pun balik rumah terus tido, berazam tak nak lah kawan orang macam tu. Bole ke masuk dengan aku nyer perangai ni? Dah la aku ni social betul. Dulu DV8 tu macam rumah kedua aku.

Ahhh!! Tido lah!

Tiba2 fon aku berbunyi.

Alaah. Memekak ahh.. Sapa la nak kacau aku dah pukul 1 am nih..

“Hello...”

“Asalamualaikum... Doh tido ke?

“Dah. Kenapa?”

“Sudi ke Fara jadi isteri saya?

“Ahhh? Apa dia? Tak dengar. Apa dia?”

“Dok Dengo ke? Bising skek sinni... Ok lah. Smulaa...”

“Ahh? Apa yang semula? Tak faham lah”

Mamat pun gelak. “Dok apa. Esok telepon balik.”

“Ok. Bye”

Aku pun tekan off handfon aku. Betul ke apa yang aku dengar tadi? Mamat tu ajak aku kawin ke? Biar betul? Dah la nak propose aku melalui fon. Confuse aku. Muka aku dah lah mamai campur dengan muka confuse. Ahh. Tido ah.. Macam bermimpi pulak...

....Bersambung. Sebab kurang idea.

Labels:

posted by Insan Bokoh @ 6:49 PM   2 comments
Resepi Terpaksa
Resepi ni aku belajar masa berkenalan dgn seorg mamat cina Kelantan. Dia pernah keje kat Singapore. Kebetulan duduk serumah dgn mat2 Bangla 4 org. Dia ni memang kedekut ilmu, nak2 bab resepi. Mak akunyer resepi habis ditulis dlm diari. Siap ikut aku balik kampong 2 hari semata2 nak belajar masak soto, mee rebus Maidén mak aku, otak2 and botok2... So, one day aku ugut nak curik diari tu... Nak tak nak terpaksa share 2 resepi... So, i’m going to share with u guys.

Kari Ayam Bangla Style

This is my fave dish. Kalau kengkwn nak dtg umah, mesti aku msk ni. Senang dan cepat. Dish ni untuk 4-5 org.

Main ingredients:

1/3 ayam potong kecik2 (mcm buat sup)

Rempah (kayu manis, cengkih, bunga lawang) – suka hati nak bubuh byk mana... Aku bubuh se/dua jer...

1 ½ paket kari daging – Aku suka cap babas/alagappas (kalau ye pun... campurkan lah dgn air sket, jadikan paste)

Sayur:

1 Carrot – yang saiz M (dipotong kiub sedang)

1 Terung bulat – yang saiz XL (dipotong kiub sedang)

2 bj kentang (dipotong kiub sedang)

Daun kari

Bahan ditumbuk together:

6 bwg kecik (nak lebih ke nak kurang ke... suka hati korang lah)

3 bwg putih

1 inch halia atau kurang sket

1 sudu kecik jintan putih

1 sudu kecik jintan manis

10 – 15 bj cili padi

-takyah lah nak tunjuk rajin tumbuk halus2 plak-

Cara memasak yang afdhal:

Ayam digoreng separuh masak. Asingkan.

Tumis rempah. (Api sederhana)

Masukkan bahan yang ditumbuk dan few minutes later, paste serbuk kari – tumis sampai naik minyak.

Pastu, masuk air setengah cawan. Biar didih.

Masukkan sayur carrot and kentang. Tutup kuali. 4 minit.

Masukkan ayam yg digoreng tadi, daun kari dan sayur terung.

Kecikkan api.... Masuk air skt lagi, jgn bagi hangus....Gaul2...

Tutup balik kuali tadi. Biar dia serap segala rempah kat dlm ayam tuh...

Dah dlm 8-10 minit, masukkan grm & asam keping satu(hak besar), air sket lagi... gaul2... tutup balik kuali...

5-6 min dah bole makan dah..

Goreng ikan kering sepat... ulam sket... dah bole soru...

Ikan Kerapu goreng Apek’s style – simple giler.

Main ingredients:

Ikan kerapu saiz XL – dibuang perut. Dipotong bahagian sisi dari perut sampai ekor.

Bawang putih 6-8 bj dipotong halus2 (bukan dihiris)

Kicap pekat.

Minyak msk

Cara:

Coat kan ikan dgn tepung ubi / jagung... Posisikan ikan tu seperti dia nak terbang (maksudnyer, képakkan ikan tu perut ke bawah.

Deep fry kan ikan yang nak terbang tadi... Dah garing, angkat, letakkan dlm pinggan (dlm posisi nak terbang tadi).

Tuang kicap pekat atas ikan goreng tuh dari kepala hingga ke ekor. Agak-agak le byk mana pun... takyah la tuang satu botol beb... Ada gak yang masuk spital darah tinggi plak..

Pastu... Tumis kan bwg putih yang telah dipotong tadi dengan sedikit minyak. Sehingga kekuningan.

Pastu, tuang bwg putih tadi dgn minyak2 tu skali atas ikan yang berkicap tadi.

Sedia dimakan – mkn panas2 mesti best...

Suka mkn dgn ulam timun and sambal kicap.

OK lah. Setakat ni dulu aku share resepi terpaksa oleh seorg mamat bujang untuk mereka yang bekeluarga dan yg masih bujang lagi... Lain kali aku share resepi kambing goreng cili padi pulak. Ni lauk fave my dad.

Bon appétit!!

Labels:

posted by Insan Bokoh @ 6:48 PM   8 comments

about me
My Photo
Name:
Location: Johor, Malaysia

Life is short and sweet, if you play the cards well.



My Wish

What i write in here is only an expression of my mind. I would rather say it in words rather than spitting it out outward. Coz, i know, my mouth is unstoppable. Terlajak perahu boleh di undur... Terlajak kata, sendri mau ingat... Insan Bokoh reserves the contents in this blog for personal use only.

Title
Archives
Sekadar Hiburan






Words of Wisdom

Everyone thinks of changing the world but no one thinks of changing himself.

Put On A Smile

There was a blonde, a brunette, and a red head escaping from jail. The brunette ran up a tree and a police officer yells "who is there?" and the brunette says "tweet tweet". So the police officer walks away. Then, the redhead runs up the tree and the police officer says "who is there?" and the red head says "meow" so the police officer walks away. So the blonde runs up the tree and the police officer says "who is there?" the blonde says "moooo"

Psychiatrists At Work

Links