Resepi ni aku belajar masa berkenalan dgn seorg mamat cina Kelantan. Dia pernah keje kat Singapore. Kebetulan duduk serumah dgn mat2 Bangla 4 org. Dia ni memang kedekut ilmu, nak2 bab resepi. Mak akunyer resepi habis ditulis dlm diari. Siap ikut aku balik kampong 2 hari semata2 nak belajar masak soto, mee rebus Maidén mak aku, otak2 and botok2... So, one day aku ugut nak curik diari tu... Nak tak nak terpaksa share 2 resepi... So, i’m going to share with u guys. Kari Ayam Bangla Style This is my fave dish. Kalau kengkwn nak dtg umah, mesti aku msk ni. Senang dan cepat. Dish ni untuk 4-5 org. Main ingredients: 1/3 ayam potong kecik2 (mcm buat sup) Rempah (kayu manis, cengkih, bunga lawang) – suka hati nak bubuh byk mana... Aku bubuh se/dua jer... 1 ½ paket kari daging – Aku suka cap babas/alagappas (kalau ye pun... campurkan lah dgn air sket, jadikan paste) Sayur: 1 Carrot – yang saiz M (dipotong kiub sedang) 1 Terung bulat – yang saiz XL (dipotong kiub sedang) 2 bj kentang (dipotong kiub sedang) Daun kari Bahan ditumbuk together: 6 bwg kecik (nak lebih ke nak kurang ke... suka hati korang lah) 3 bwg putih 1 inch halia atau kurang sket 1 sudu kecik jintan putih 1 sudu kecik jintan manis 10 – 15 bj cili padi -takyah lah nak tunjuk rajin tumbuk halus2 plak- Cara memasak yang afdhal: Ayam digoreng separuh masak. Asingkan. Tumis rempah. (Api sederhana) Masukkan bahan yang ditumbuk dan few minutes later, paste serbuk kari – tumis sampai naik minyak. Pastu, masuk air setengah cawan. Biar didih. Masukkan sayur carrot and kentang. Tutup kuali. 4 minit. Masukkan ayam yg digoreng tadi, daun kari dan sayur terung. Kecikkan api.... Masuk air skt lagi, jgn bagi hangus....Gaul2... Tutup balik kuali tadi. Biar dia serap segala rempah kat dlm ayam tuh... Dah dlm 8-10 minit, masukkan grm & asam keping satu(hak besar), air sket lagi... gaul2... tutup balik kuali... 5-6 min dah bole makan dah.. Goreng ikan kering sepat... ulam sket... dah bole soru... Ikan Kerapu goreng Apek’s style – simple giler. Main ingredients: Ikan kerapu saiz XL – dibuang perut. Dipotong bahagian sisi dari perut sampai ekor. Bawang putih 6-8 bj dipotong halus2 (bukan dihiris) Kicap pekat. Minyak msk Cara: Coat kan ikan dgn tepung ubi / jagung... Posisikan ikan tu seperti dia nak terbang (maksudnyer, képakkan ikan tu perut ke bawah. Deep fry kan ikan yang nak terbang tadi... Dah garing, angkat, letakkan dlm pinggan (dlm posisi nak terbang tadi). Tuang kicap pekat atas ikan goreng tuh dari kepala hingga ke ekor. Agak-agak le byk mana pun... takyah la tuang satu botol beb... Ada gak yang masuk spital darah tinggi plak.. Pastu... Tumis kan bwg putih yang telah dipotong tadi dengan sedikit minyak. Sehingga kekuningan. Pastu, tuang bwg putih tadi dgn minyak2 tu skali atas ikan yang berkicap tadi. Sedia dimakan – mkn panas2 mesti best... Suka mkn dgn ulam timun and sambal kicap. OK lah. Setakat ni dulu aku share resepi terpaksa oleh seorg mamat bujang untuk mereka yang bekeluarga dan yg masih bujang lagi... Lain kali aku share resepi kambing goreng cili padi pulak. Ni lauk fave my dad. Bon appétit!! Labels: Resepi |
aslmkm!!!
Gua mau dtg rumah lu nihhhh...so gua mau lu bikin masakan ni gua mau makan bole;)