Thursday, November 13, 2008
Quote 1
Middle age is when your age starts to show around your middle..
- Bob Hope-

The old believe everything, the middle aged suspect everything and the young know everything..
- Oscar Wilde-

Note: It's kinda true though..


Labels:

posted by Insan Bokoh @ 9:53 PM   3 comments
Monday, November 10, 2008
A Lost Cause : Part 2

Aishah mula membesar. Dari dia baby lagi Aishah memang comel. Ramai betul kengkawan mama datang berkunjung melihat Aishah. Matanye bulat, bulu matanye lentik, rambutnye ala2 maggi mee, kulitnye cerah. Mana taknye suma orang yang melihat pasti ingin memeluk Aishah melepas geram.

Aku balik pun sebulan sekali. Pasti juga aku belikan baju2 comei untuk Aishah. Walaupun aku baru bekerja di Suria KLCC dengan gaji yang hanya RM1,000 sebulan, memang di tepikan RM100 sebulan untuknye. Rasa seronok ada adik baru dalam keluarga kami. Tapi tak tahu brapa lama lagi Aishah bersama kami. Selagi ada, kami sepakat berkongsi sekeluarga. Pahit dan manis hidup, diharungi bersama. I don’t care the weather as long as we are together!! Itu motto hidupku dari dulu lagi.

Setelah 2 minggu Aishah ditempatkan bersama kami, makcik Aishah bagitau kami untuk terus membelanya. Kerana maknye Aishah sudah tiada di Kluang lagi. Malahan abang Aishah pula tidak ada orang yang sanggup membelanye. Disuruhnye kami mencari keluarga untuk abangnye juga. Kasihan budak2, anak2 yang tidak berdosa menjadi mangsa keadaan. Bapa ku pernah bagitau, abangnye Aishah ada kesan puntung rokok di badannye. Budaknye macam tidak bercakap2. Mungkin juga dirinye ada gangguan emosi. Cerita abangnye juga berlainan. Kasihan juga abangnye. Kalau boleh tak mahu kami pisahkan dgn adiknye tapi kami hanya mampu menjaga seorang, bukan dua...

Menceritakan emosi, Aishah juga tidak ketinggalan. Setiap malam, apabila Aishah tidur di sebelah mama, pasti tangan atau kaki sebelahnye diletakkan diatas badan mama. Dia mahu bersentuhan, tidak boleh di asingkan tidurnye. Mungkin juga kalau difikirkan dari sudut psychology, budak ini tidak mahu di tinggalkan sekali lagi. Walaupun pada waktu itu umurnye baru 6 bulan. Yang boleh memegangnye hanya papa dan mama. Aku try test jugak nak mendukungnye. Mula2 ok je, tapi bila Aishah tengokkan muka ku betul2... Ehhh??! Ini bukan mama, mama ku lagi tua dari ini (hehe.. muka aku mcm muka makku, cuma younger version) Dia pun mula tercebik2... sedih sangat mukanye... melalak teruuusss... HUWWAAAHH!!! Sori la beb! Suaranye boleh tahan “F sharp” kuat... Cepat2 aku handover Aishah kat mak aku. Susah jugak nak gain confidence nye. Aishah dah besar setahun lebih baru dia nak accept aku dalam ‘Circle of Trust’ nyer... Heheh.. Apa daaa... Penat aku rasuah baju lawa2 tiap2 bulan. High maintenance betul budak ni... Takpe la... Aku dah mula sayang dengan baby yang bernama Aishah ni..

Ni dia gambar Aishah masa dia kecik2:


sapa laa yang memakaikan celak nih?

dari kecik lagi suka kat pelamin dan pengantin...

tidak boleh di pisahkan...


Labels:

posted by Insan Bokoh @ 10:25 PM   0 comments
Kesah Seorang Cikgu

Take 1:

"Cikgu..cikgu.. bapak saya kem salam!"

Huhhh??!!

Beberapa org anak murid aku tergelak2 dengar kan statement tu. Mungkin ada yang tergelak nampak muka aku muka terkejut kot. Terkebil2 aku dibuatnye. Malu pun ada. Apa la anak murid aku ni. Caught me off guard betul! Aku ingat lagi muka budak yang buat statement tadi. Gigi depan takder, ghongak.. Rambut ala2 tercacak rekrut. Tersipu2 dia malu. Aku pun macam tersedar dari terkejut, cepat2 aku tanya balik, buat muka selamba. “Ye ke? Wa’alaikummussalam”. Alamak.. nyesal pulak tunjukkkan green light. Sejak dari tu, bapak dia tiap2 hari kem salam. Ni yang susah ni… Kadang2 pikir positif.. takpe, dapat pahala saling mendoakan… Hahaha.. Nak buat camna? Aku ni pengajar sementara.

Take 2:

Dah tiba masanya aku buat aktiviti lain. Asyik ikut syllabus jer.. bosan gak. So, aku pun buat pop kuiz. “Ok, sekarang cikgu nak buat pop kuiz yer…! Boleh tak?” Cepat2 anak murid aku jawab “Yeeeeaaaa!!! Dapat hadiah apa hari ni cikgu?” Wah.. cepat jer gembira sebab nak dapat hadiah. Aku ni pun suka beli bon2 sebagai hadiah. Selalunya, dalam seminggu 2 kali aku buat pop kuiz. Ambik masa 10 minit jer.. Y not… Satu kelas ada 42 orang murid. Ramai sungguh! Recok sungguh!

“OK, hari ni cikgu nak tanya tentang penjodoh bilangan ok…” Apa yang tercross kat dalam otak ni terus ku tanya tanpa refer ke buku… hehe.. cikgu lah kata kan.. mesti lah pandai kan…??? Satu demi satu aku tanya… sampailah ke satu soalan nih.. “Penjodoh bilangan untuk kertas, apa?” My favourite student angkat tangan. (dari tadi dia asik angkat tangan tapi aku cuba So, kali ni aku bagi dia jawab… “Helai, cikgu..” Aku kata “pandai!!” tapi tiba2 budak sebelah dia tak puas hati jawab kat aku “Bukan lah cikgu.. keping lah!” Aku pun terpikir.. eh? Keping ke helai ekk?? Muka aku dah start muka confuse. Last2, dengan tak malunya, aku ketuk pintu kelas sebelah, tanyakan cikgu kat sebelah. Hehe… dua2 jawapan pun boleh.. Pergghh! Malu aku beb! Soalan camtu pun takleh jawab… kena masuk kelas orang tua lepas ni kot.. Hahaha.. Nak buat camna? Aku ni pengajar sementara. ignore, bagi chan kat orang lain jawab).

Take 3:

“Saya kata kan tadi, jangan bergaduh.. Mari sini dua2… diri depan papan hitam… mengadap papan hitam…” 10 kali warning tak faham2 jugak. Last2 terpaksa beri hukuman… Tak sampai 3 minit dua orang budak tu mencarut2, bergaduh balik kat depan kelas…. Hmmm... Wa nyer telinga sudah kuar asap kepul2 dah… Sket lagi telinga wa bole tiup wisel!! “Kamu berdua diamm!! Cium papan hitam tu!! Jangan gerak2!!” Mata aku dah nak terjojol dah neh.. Kembali aman kelas… Agaknyer penat dan lenguh mulut budak2 tu, aku pun suruh diaorang datang ke meja ku. Aku bagi kaunseling 10 min. Nasihat seorang kakak pada si adik. Last2, diaorang jabat tangan sendiri, saling bermaafan, takyah aku nak suruh… Kadang2 rasa sayang jugak kat budak2 ni suma.. Hahaha.. Nak buat camna? Aku ni pengajar sementara.

Take 4:

“Cikgu..cikgu, jom main ceper…” Budak darjah 6 pun ada guts nak ajak aku main games. Teringat aku masa sekolah dulu. Permainan ceper dan batu seremban was my favourite. Habis kain perca mak aku dibuatnya. Jahit sendiri tau, letak bijik saga… Ceper plak, aku slalu kutip kat kantin skolah penutup botol coca-cola.

So, kali ni, orang dah ajak. Bagaikan orang mengantuk di sorong bantal… aku pun join diorang. Ooo.. port nya kat belakang sekolah. Memang dah ada meja2 kosong yang dah rosak. Jadi medan pertarungan rupanya… Ada lah 3-4 budak lelaki. Aku pun join skali. Tengah syok2 main, sampai lupa waktu recess dah habis. Loceng dah bunyi dah tapi tengah leading kan… Mana boleh stop… Anak murid aku dah buat muka tak puas hati… Macam2 psychology diaorang buat supaya aku kalah. Hehe.. Tapi… Tiba2, terdengar bunyi tapak berjalan ke arah kami. Alamak!!! Kantoii!!! “Cikgu Nina..!!?? Apa yang awak buat kat sini??” HhhuuuwwwaaaaHHH!!! Tu gurubesar skolah lah!! Budak2 yang lain dah cap alip bot dah… Aku jer yang terkial2, buat muka bersalah, tersengih2 macam kerang busuk, tunduk depan guru besar, tumpang lalu… Hahaha.. Nak buat camna? Aku ni pengajar sementara.

Sayang betul aku dengan anak murid aku dulu. Bila Hari Raya menjelang, pasti ada yang datang ke rumah. Aku sempat lah jugak mengajar Jawi, bahasa melayu dan bahasa inggeris sekejap. Imbuhan bulanan pada waktu itu hanya RM500.00 sahaja. Tapi cukuplah untuk ku kumpulkan simpanan sebelum masuk sambung belajar di ITM. Tak lah susah bapaku mencari duit untukku kan. Ekonomi keluarga kami pun masa itu agak ekonomoney. Yang penting aku dapat mencapai impian serampang 2 mata tu. 1) Untuk simpanan duit masuk ke IPT. 2) Untuk menge’share’kan ilmu yang ada... Hehe.. Alhamdulillah, sampai jugak niat aku. ilmu pada anak bangsa.

Semua tu ku jadikan memori yang indah yang aku rasa saat yang paling bahagia untuk ku. Walaupun aku ni kadang2 terpikir, yang aku ni bukanlah seorang pengajar yang baik, bukanlah seorang pengajar yang bertauliah… Tapi aku bangga, walaupun sekejap, walaupun 5 bulan, aku sempat mencipta sejarah untuk diriku sendiri. Sampai sekarang setiap kali gurubesar yang mengantoi kan aku tadi, terserempak dengan my dad, mesti dia tanyakan khabar aku. Hehe.. mesti lah dia ingat… the only teacher yang terrr kantoii!! Yang penting, aku sempat menaikkan nama rumah kuning dari nombor yang tercorot kepada nombor 1. Yeaaahh! Aku pegang semua acara balapan. Emas dan perak, milik rumah kuning!! Siap training every Saturday pagi kat sekolah. Dan prestasi akedemik anak murid aku untuk darjah 2, naik 35%. Tu yang seronok berbunga2 rasa di hati teringatkan memori di sekolah kebangsaan lelaki tuh.. Ni belum lagi cerita crush dengan ustaz rock kat skolah tuh.. Hehe.. Biarlah yang lain menjadi simpanan memori indah untuk seorang pengajar sementara… Semoga ilmu yang disampai diberkati, insyaallah…

Labels:

posted by Insan Bokoh @ 6:32 PM   6 comments
Tuesday, November 4, 2008
Food For Ruh

“Biarlah sedikit amalan beserta rasa takut dengan Allah, kerana itu lebih baik daripada banyak amalan tetapi tidak ada rasa takut dengan Allah. Lebih baik orang yang rasa berdosa dan bersalah dengan Allah daripada orang yang banyak amalan tetapi tidak rasa berdosa pada Allah bahkan dia merasa telah cukup dengan amalan itu..”

Selagi nafsu tidak dapat dikalahkan...selama itulah ruh tidak akan suci dan bersih.

Selagi ruh tidak bersih...selama itu Allah tidak memasukkan taufik dan hidayah ke dalam hati.

Selagi tiada taufik dan hidayah...selama itu ruh akan terhijab dan gagal mencapai taraf kerohanian yang tinggi.

Selagi tiada kerohanian...selama itu hati (ruh) tidak selamat dari penyakit2 mazmumah...





Labels:

posted by Insan Bokoh @ 11:33 PM   6 comments

about me
My Photo
Name:
Location: Johor, Malaysia

Life is short and sweet, if you play the cards well.



My Wish

What i write in here is only an expression of my mind. I would rather say it in words rather than spitting it out outward. Coz, i know, my mouth is unstoppable. Terlajak perahu boleh di undur... Terlajak kata, sendri mau ingat... Insan Bokoh reserves the contents in this blog for personal use only.

Title
Archives
Sekadar Hiburan






Words of Wisdom

Everyone thinks of changing the world but no one thinks of changing himself.

Put On A Smile

There was a blonde, a brunette, and a red head escaping from jail. The brunette ran up a tree and a police officer yells "who is there?" and the brunette says "tweet tweet". So the police officer walks away. Then, the redhead runs up the tree and the police officer says "who is there?" and the red head says "meow" so the police officer walks away. So the blonde runs up the tree and the police officer says "who is there?" the blonde says "moooo"

Psychiatrists At Work

Links