Cerita ini berdasarkan kisah benar yang dilalui keluarga kami sejak 10 tahun lalu. Cerita ini tidak membawa maksud memalukan mana2 pihak atau mana2 individu. Tetapi untuk sekadar berkongsi dan di jadikan pengajaran hidup buat semua. Cerita ini juga di ilustrasikan dari sudut pandangan aku seorang, dari hatiku sendiri. Janganlah ada sesiapa terasa pedas sebab cerita ni sebenarnya panassss... 9 tahun kami sekeluarga menerimanya sebagai ahli keluarga. Sekelip mata juga Allah memisahkan kami. Peritnya pula semakin dirasa. Mungkin Allah lebih mengetahui. Mungkin Allah melindungi. 10 tahun dahulu.. Papa telefon aku, tanyakan samada ok ker kalau papa mama nak amik anak angkat. Pada waktu tu keluarga aku sudah pun kehilangan seorang adik lelaki semasa berumur 4 tahun. Demam virus doctor kata. Kadang2 balik kampung rasa sunyi gak. Kalau ada adik sorang lagi pun aku orait je. Sekurang2nya papa mama aku ada teman di rumah. Masa tu baru ura2 je sebab ada jiran depan umah yang dah bertanya kat papa mama, sanggup tak jaga baby. Satu petang sekali lagi aku terima panggilan dari mama kata baby tu dah ada kat dalam umah. Fuhh.. cepatnya baby sampai...? Pelik gak. Ada cerita disebalik tu rupa2nya. Baby girl berumur 4 bulan setengah yang my parents terima hanya berbalutkan kain batik. Menggigil2 baby tu sbb dah lama tak minum susu. Minum teh ‘o’ je kata makciknya. Bila my dad bukak je balutan batik tu... terperanjat besar... bahana 4 hari tak tukar lampin. Dengan bau busuknye, dengan nappy rash dari peha ke mid abdomen, malam tu jugak my parents bawa baby ke klinik. Yang terharunya, nama baby pun tak tahu. Masa register kat klinik, nama yang terlintas kat kepala my dad is nama isteri Nabi Muhammad SAW, Siti Aishah. Doktor pun check lah. You know what happened? Doktor nak report polis, marah2 my dad, jari dia menuding2 kearah my dad’s face, menggigil menahan marah... sebab ingatkan my dad dera baby. Nasib baik my dad tak ikut emosi. Kalau tak dah lama my dad bukak silat gayung dia... Hehe.. Explain punya explain, barulah doctor faham. Nasib baik my dad keje gomen, medical expenses covered lah. Bagaimana dan kenapa Aishah di serahkan kepada my parents? Mak kpd Aishah dah takde, tak bekerja, takde duit, tak larat nak jaga baby sendiri. Ntah dimana lokasi dia. Bapa kpd Aishah hilang tanpa berita. Makcik kpd Aishah tgh sarat mengandung. Tak sanggup nak jaga. Janji kpd my dad mintak tolong jaga 2 minggu je.. Nanti dia usahakan cara lain. Makcik Aishah sendiri bagitau yang Aishah telah diberi kepada satu keluarga India. Takut nanti Aishah tu membesar dengan berlainan agama, maka dia cuba beri peluang kepada Aishah dengan menyerahkan kepada kami buat sementara waktu. Oklah.. kami sekeluarga sebulat suara menerima Aishah dengan hati yang terbuka. Walaupun kami tahu keluarga makcik Aishah berpecah belah dan tiada pelajaran sekolah yang cukup. Kami tahu makcik Aishah bukan orang yang normal. Kami pun tidak tahu asal-usul keluarga Aishah. Pada saat dan ketika itu, biarlah mereka dengan keluarga mereka. Sekurang-kurangnya Aishah ada peluang kedua untuk hidup seperti keluarga normal yang kita lihat disekeliling kita. Sekurang-kurangnya dia dapat dirawat dan diberi makan minum secukupnya. Sekurang-kurangnya dia tidak lagi bersama keluarga yang berlainan agama. Bermulalah titik pertama warna-warni di kanvas kehidupan keluarga kami... Labels: Peristiwa |
Ello sis ada kabar berita tebaru dari adik lu ni masa rayer..i rasa sedih amat..dengar citer-citer gila manusia yg lupa nak menjadi manusia yg selayaknya manusia...emo gua