Sunday, February 22, 2009
Kampung Lestari

Mesti bos aku selalu tertanya2 kenapa lah staff aku yang sorang ni punch out tepat-tepat 5.30pm. Hehe.. Dia tak tahu tapi orang lain pun tahu... Aku nak balik ke Kampung Lestari secepat mungkin. Orang kampung kata taman ini adalah kampung.. disebabkan suasana dan pergaulannya ala2 kampung. Tak nak lagi dah hati ni berjiwa KL. Bosan dah dengan cara hidup pentingkan duniawi KL. Semuanya indah tapi sementara. Nasib baik aku ada kampung baru yang aku temui ini. Sekurang-kurangnya ada tempat mengisi sedikit ketenangan di hati ni.

Jalan seperti biasa asek jam. 1 jam 10 min baru sampai umah. Muka aku berkilat, berminyak2 buat kerja sales kat luar. Kadang2 aku jadik courier boy. Hehe.. Buat kerja pick-up, ala2 DHL. Cuma aku takde lesen GDL jer.. kalau ada, silap2 aku tukar career line! Kalau ada kesempatan, aku nak citer gak kisah hidup aku setahun yang lepas ni. Takpe.. next chapter.

So, dah sampai umah, aku sempatkan diri untuk bersihkan diri, sembahyang Asar. (I know.. tak baik sembahyang lambat tapi nak buat camna.. terpaksa..) Pastu makan cara express. Then, start enjin kete, terus gi surau. Jemaah lelaki hari2 ramai. Perempuan, kadang-kadang 2-3 orang, termasuk aku. Kadang2 ramai gak, penuh satu saf. Ada je activity kat surau. Ada belajar membaca al-quran, ada juga belajar marhaban, etc. Termasuk lah aku ni yang baru terhegeh2 nak belajar sama. Hehe...

Setiap hari ada kuliah Subuh dan maghrib di surau ni. Nak gi kuliah subuh, takleh beb. Kuar umah gi keje kul 6.45am. Kalau tak.. masak aku dibuatnye.. nak kuar kampung, kalahkan KL jamnyer. Yang sempat aku dengar ialah kuliah maghrib je. Itu pun bersyukur benar sebab Ustaz CD nak berkongsi ilmu dengan warga kampung. For free beb...! Pengalamannya belajar di Mekah selama 13 tahun dikongsi dengan kami yang selalu ternganga2 mulut mendengar ajarannya. Keh!kehh! Boleh tahan lawak gak ustaz ni. Kadang2 sampai terlupa yang aku ni dok saf paling belakang, tapi tawanya sampai dulu di depan. Alahai.. apalah aku ni... Terrrover la tuh.

Tapi apa2 pun.. aku nak panjangkan apa yang aku pelajari di surau. Aku tau.. ustaz CD mungkin tidak lama di kampung ni... Tak sampai sebulan lagi, dia bersama keluarganya akan kembali ke Tanah Suci Mekah. Ilmu didada masih kurang katanya. Hmmm.. kadang2 terasa rugi jugak. Aku ni dah lebih 10 tahun tak dengar ceramah di surau2 atau di masjid2. Kat tv pun aku tukar ke channel lain. Tak gerek lah fren. Apa?? Gi surau?? Gi lepak KLCC lagi syok.. ke.. pekena teh tarik kat Bangsar lepak sampai pagi lagi syok.. Mana yang tak sedar diri tuh.. sampai ke tua puuuun clubbing.. lagi syok. Ye tak...? nak berubah bukannye senang. Hati dan roh tengah sakit. Susah gak nak cerita perihal hati. Sebab hanya Allah je yang tau.

Cerita pasal berubah ni.. teringat pulak cerita 2 ½ years back. Aku cuba tukar diri aku, imej aku, prinsip hidup aku... Mungkin terlampau abrupt sangat sampaikan ramai yang tak boleh terima aku yang berwajah baru ni. Kata orang aku ni di’mandrem’ (Kuntumrabaraba!!!)... Haha.. apalaaa.. sampai ke situ kawan2 aku pikir.. Think long long oso cannot. Think short short oso cannot!

Tu lah.. nak buat camna.. aku sedar dan tahu siapa diri aku. But at the same time, aku nak selalu ingatkan diri aku ni. Aku pun tahu, aku hanya di makam awam. Iman masih senipis kulit bawang. Hati aku tak tepat lagi neh! Mulut aku pun masih laser lagi neh! Ishk!Ishk! Banyak lagi yang perlu aku perbaiki. Apa2 pun.. Aku bersyukur sangat. Aku rasa aku tahu apa yang aku harus lakukan dan arah mana hala tuju hidup aku selepas ni...
posted by Insan Bokoh @ 3:56 PM  
5 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

about me
My Photo
Name:
Location: Johor, Malaysia

Life is short and sweet, if you play the cards well.



My Wish

What i write in here is only an expression of my mind. I would rather say it in words rather than spitting it out outward. Coz, i know, my mouth is unstoppable. Terlajak perahu boleh di undur... Terlajak kata, sendri mau ingat... Insan Bokoh reserves the contents in this blog for personal use only.

Title
Archives
Sekadar Hiburan






Words of Wisdom

Everyone thinks of changing the world but no one thinks of changing himself.

Put On A Smile

There was a blonde, a brunette, and a red head escaping from jail. The brunette ran up a tree and a police officer yells "who is there?" and the brunette says "tweet tweet". So the police officer walks away. Then, the redhead runs up the tree and the police officer says "who is there?" and the red head says "meow" so the police officer walks away. So the blonde runs up the tree and the police officer says "who is there?" the blonde says "moooo"

Psychiatrists At Work

Links