Wednesday, December 3, 2008
Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W
Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah :


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini."


"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil."


"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."


"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh."


"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."


"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku."


"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."


Bismillahi Rahmani Rahim


posted by Insan Bokoh @ 1:27 AM  
7 Comments:
  • At December 12, 2008 at 8:16 AM, Blogger ubilepih said…

    sis..slmat ariraya..sori tlambat,sbb wa susah nak timbul la ni...

     
  • At December 14, 2008 at 5:00 PM, Blogger Insan Bokoh said…

    takpe bro... sesekali timbul sesekali tenggelam akan membuat kan orang tertanya2 khabar orang di sana. Anyway, u take care (whenever u tak timbul tu) Hehe...

     
  • At December 30, 2008 at 6:47 AM, Blogger ubilepih said…

    sis awat lama tak hapdet blog ni...eh..bila nak visit gua kat Highland ni...bole pekena tea blues kat sini sedut udara segar

     
  • At December 30, 2008 at 5:19 PM, Blogger Insan Bokoh said…

    Hehe.. guilty as charged!! Sori bro, tgh sibuk buat customer satisfaction survey. Baru je habis khamis lepas. Sebulan gak nak mghabiskannye. Pastu cuti lama baru2 ni byk aktiviti komuniti - kene gi rewang 2 hari. ada wedding. Then, sedara belah indon dtg pulak... Hmmm.. cuti kali ni mmg takde masa utk bersosial.

    Actually... ada gak terasa mcm nak gi minum teh blues tu. Jikalau masa mengizinkan.. insyallah.. saya akan sampai ke sana. So, standby, bukak hp sentiasa. Hehe..

     
  • At January 6, 2009 at 10:10 PM, Blogger me3n said…

    Hello? takkan dah berhenti menulis kot?

     
  • At January 9, 2009 at 1:48 AM, Blogger Insan Bokoh said…

    hehe... penulis tgh rehat sementara. harap bersabar saudara adeck! :P

     
  • At January 21, 2009 at 5:06 AM, Anonymous Anonymous said…

    Sis! apekabar! jadi lu gi ngan nat mandi air trjun ari tu..sori wa tak leh join..wa balik kg..dad uzur...

     
Post a Comment
<< Home
 
 

about me
My Photo
Name:
Location: Johor, Malaysia

Life is short and sweet, if you play the cards well.



My Wish

What i write in here is only an expression of my mind. I would rather say it in words rather than spitting it out outward. Coz, i know, my mouth is unstoppable. Terlajak perahu boleh di undur... Terlajak kata, sendri mau ingat... Insan Bokoh reserves the contents in this blog for personal use only.

Title
Archives
Sekadar Hiburan






Words of Wisdom

Everyone thinks of changing the world but no one thinks of changing himself.

Put On A Smile

There was a blonde, a brunette, and a red head escaping from jail. The brunette ran up a tree and a police officer yells "who is there?" and the brunette says "tweet tweet". So the police officer walks away. Then, the redhead runs up the tree and the police officer says "who is there?" and the red head says "meow" so the police officer walks away. So the blonde runs up the tree and the police officer says "who is there?" the blonde says "moooo"

Psychiatrists At Work

Links