Sunday, October 5, 2008
My first fiction write-up : Bagaikan mimpi (Part 1)

Bagaikan baru semalam aku berjumpa dgn mamat. Kejam kelik, kejam kelik, dah 5 tahun lebih aku mengenali dia. Berbagai macam rasa dan perasaan yang menyentuh aku sepanjang waktu perkenalan ini. Tak ketinggalan, berbagai rasa duka dan gembira yang dilalui. Kelakar pun ada... Tak tau aku mcm mana nak mulakan kisah kami.

Perwatakan mamat sungguh berbeza. Kadang2 rasa peliknyer mamat ni. Orangnya asyik senyum tersipu2 malu. Mulut tak pernah berkata2... pendiam. Kali pertama aku berjumpanye semasa rakan seofis meng-introducekan dia kepada aku. Punya lah pelik. First date aku kali ni jadi group date, makan malam di sebuah restoran mamak di Damansara. Aku duduk mengadap suami kawanku. Mamat pula duduk di sebelahnye.

Alamak!!... Siang2 lagi aku dah reject. Mana taknyer, perutnye jelas menunujukkan yang dia memang sedang berkembang maju. Pakaiannye, tshirt berkolar warna gelap, slack hitam, berkasut kulit tapi takde stokin. Laaa... Ada jugak org macam nih... Too simple for me. Member pun bukanlah cerah sangat. Not my taste, please. Aku memang suka yang berkulit cerah, pakai cermin mata.. Baru nampak intelligent!

Wah..wah.. Mamat nak tunjuk muka control beb! Tapi tersenyum simpul. Sepanjang malam tu aku asek berborak dgn kawan se ofis aku. Punyalah pendiam mamat tu sampai kadang2 terlupa dia wujud kat situ. Malam pun dah semakin lewat. Last2 baru aku teringat. Sebab utama aku ke situ untuk berkenalan dgn mamat. Ada jugak kdg2 aku terperasan dia mencurik pandang kat aku beberapa kali. Hehehe... Masa tu aku tengah kurus, tapi baru lepas kene chicken pox. Sebulan beb! Mana tak kurus lepas tuh.. Tapi muka aku masih ada bekas chicken pox.. Dah mula fade parutnyer.

Aku pun dengan selambanye bertanya,

“ En. Rizal, kata nak berkenalan kat saya. Tapi, tak berborak2 pun....”

Dia pun aku rasa mcm terrrmalu skejap tapi cepat2 cover line,

“Doh berkenalan doh ni....”

Laaaaaa... Patutla taknak berborak. Slang Ganu dia pekat beb!! Nak tergelak gak rasanyer tapi taknak lah guriskan ego lelaki.

Aku: “Mcmn bisnes?”

Mamat: “OK”

Laaaaa... Tanya sepatah jwb sepatah camni haruuu laaaa... So, takyah lah berkata2. Aku pun terdiam, dia pun terdiam. Last2 for the first time, mata bertentang mata... Lama beb...

Ada org, bila bertentang mata, ada rasa ala2 electric wave berlawan2. Tapi kali ni tak rasa pun... Mungkin sebab dah lama tak bercinta, agaknye kene electric shock baru bole rasa kot... Hampeh..!!

Tapi apa yang aku perasan, bila mata bertentang mata, mcm ada rasa sejuk sket hati ni. Tak tau lah sebab apa. The only good feeling I felt that night.

Tak lama pastu, kami pun bersurai lah.

Disebab semalam dah bgtau my mom yang aku akan keluar date malam ni, so, aku pun tepon balik kat mak aku... Nak berceritakan frustration aku lah.

Aku: “Ma... Reject la maa... Boroi ah. Not my taste. Pastu slang ganu dia pekat la. Bole ke papa terima?”

Aku tau bapak aku tu ada banyak sgt criteria untuk bakal2 suami anak perempuan dia. Sebab tu agaknyer anak dia tak kawin2 sampai sekarang.

Mama: “Lagi apa lagi citer. Takkan tu je?”

Aku: “Dia ada la juga belaja kat Mekah. Sebelum tu kat sekolah pondok.”

Mama: “Bagus tu. Kalau kawin dengan Fara, mesti pasangan yang best. Sorang betul yang boleh membetulkan sorang lagi yang tak betul.”

Laaaa... Macam tu pulak mak aku kata. Ni yang tak best ni. Dah dapat restu mak nih... Aku pun balik rumah terus tido, berazam tak nak lah kawan orang macam tu. Bole ke masuk dengan aku nyer perangai ni? Dah la aku ni social betul. Dulu DV8 tu macam rumah kedua aku.

Ahhh!! Tido lah!

Tiba2 fon aku berbunyi.

Alaah. Memekak ahh.. Sapa la nak kacau aku dah pukul 1 am nih..

“Hello...”

“Asalamualaikum... Doh tido ke?

“Dah. Kenapa?”

“Sudi ke Fara jadi isteri saya?

“Ahhh? Apa dia? Tak dengar. Apa dia?”

“Dok Dengo ke? Bising skek sinni... Ok lah. Smulaa...”

“Ahh? Apa yang semula? Tak faham lah”

Mamat pun gelak. “Dok apa. Esok telepon balik.”

“Ok. Bye”

Aku pun tekan off handfon aku. Betul ke apa yang aku dengar tadi? Mamat tu ajak aku kawin ke? Biar betul? Dah la nak propose aku melalui fon. Confuse aku. Muka aku dah lah mamai campur dengan muka confuse. Ahh. Tido ah.. Macam bermimpi pulak...

....Bersambung. Sebab kurang idea.

Labels:

posted by Insan Bokoh @ 6:49 PM  
2 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

about me
My Photo
Name:
Location: Johor, Malaysia

Life is short and sweet, if you play the cards well.



My Wish

What i write in here is only an expression of my mind. I would rather say it in words rather than spitting it out outward. Coz, i know, my mouth is unstoppable. Terlajak perahu boleh di undur... Terlajak kata, sendri mau ingat... Insan Bokoh reserves the contents in this blog for personal use only.

Title
Archives
Sekadar Hiburan






Words of Wisdom

Everyone thinks of changing the world but no one thinks of changing himself.

Put On A Smile

There was a blonde, a brunette, and a red head escaping from jail. The brunette ran up a tree and a police officer yells "who is there?" and the brunette says "tweet tweet". So the police officer walks away. Then, the redhead runs up the tree and the police officer says "who is there?" and the red head says "meow" so the police officer walks away. So the blonde runs up the tree and the police officer says "who is there?" the blonde says "moooo"

Psychiatrists At Work

Links