Take 1: "Cikgu..cikgu.. bapak saya kem salam!"
Huhhh??!! Beberapa org anak murid aku tergelak2 dengar kan statement tu. Mungkin ada yang tergelak nampak muka aku muka terkejut kot. Terkebil2 aku dibuatnye. Malu pun ada. Apa la anak murid aku ni. Caught me off guard betul! Aku ingat lagi muka budak yang buat statement tadi. Gigi depan takder, ghongak.. Rambut ala2 tercacak rekrut. Tersipu2 dia malu. Aku pun macam tersedar dari terkejut, cepat2 aku tanya balik, buat muka selamba. “Ye ke? Wa’alaikummussalam”. Alamak.. nyesal pulak tunjukkkan green light. Sejak dari tu, bapak dia tiap2 hari kem salam. Ni yang susah ni… Kadang2 pikir positif.. takpe, dapat pahala saling mendoakan… Hahaha.. Nak buat camna? Aku ni pengajar sementara. Take 2: Dah tiba masanya aku buat aktiviti lain. Asyik ikut syllabus jer.. bosan gak. So, aku pun buat pop kuiz. “Ok, sekarang cikgu nak buat pop kuiz yer…! Boleh tak?” Cepat2 anak murid aku jawab “Yeeeeaaaa!!! Dapat hadiah apa hari ni cikgu?” Wah.. cepat jer gembira sebab nak dapat hadiah. Aku ni pun suka beli bon2 sebagai hadiah. Selalunya, dalam seminggu 2 kali aku buat pop kuiz. Ambik masa 10 minit jer.. Y not… Satu kelas ada 42 orang murid. Ramai sungguh! Recok sungguh! “OK, hari ni cikgu nak tanya tentang penjodoh bilangan ok…” Apa yang tercross kat dalam otak ni terus ku tanya tanpa refer ke buku… hehe.. cikgu lah kata kan.. mesti lah pandai kan…??? Satu demi satu aku tanya… sampailah ke satu soalan nih.. “Penjodoh bilangan untuk kertas, apa?” My favourite student angkat tangan. (dari tadi dia asik angkat tangan tapi aku cuba So, kali ni aku bagi dia jawab… “Helai, cikgu..” Aku kata “pandai!!” tapi tiba2 budak sebelah dia tak puas hati jawab kat aku “Bukan lah cikgu.. keping lah!” Aku pun terpikir.. eh? Keping ke helai ekk?? Muka aku dah start muka confuse. Last2, dengan tak malunya, aku ketuk pintu kelas sebelah, tanyakan cikgu kat sebelah. Hehe… dua2 jawapan pun boleh.. Pergghh! Malu aku beb! Soalan camtu pun takleh jawab… kena masuk kelas orang tua lepas ni kot.. Hahaha.. Nak buat camna? Aku ni pengajar sementara. ignore, bagi chan kat orang lain jawab). Take 3: “Saya kata kan tadi, jangan bergaduh.. Mari sini dua2… diri depan papan hitam… mengadap papan hitam…” 10 kali warning tak faham2 jugak. Last2 terpaksa beri hukuman… Tak sampai 3 minit dua orang budak tu mencarut2, bergaduh balik kat depan kelas…. Hmmm... Wa nyer telinga sudah kuar asap kepul2 dah… Sket lagi telinga wa bole tiup wisel!! “Kamu berdua diamm!! Cium papan hitam tu!! Jangan gerak2!!” Mata aku dah nak terjojol dah neh.. Kembali aman kelas… Agaknyer penat dan lenguh mulut budak2 tu, aku pun suruh diaorang datang ke meja ku. Aku bagi kaunseling 10 min. Nasihat seorang kakak pada si adik. Last2, diaorang jabat tangan sendiri, saling bermaafan, takyah aku nak suruh… Kadang2 rasa sayang jugak kat budak2 ni suma.. Hahaha.. Nak buat camna? Aku ni pengajar sementara. Take 4: “Cikgu..cikgu, jom main ceper…” Budak darjah 6 pun ada guts nak ajak aku main games. Teringat aku masa sekolah dulu. Permainan ceper dan batu seremban was my favourite. Habis kain perca mak aku dibuatnya. Jahit sendiri tau, letak bijik saga… Ceper plak, aku slalu kutip kat kantin skolah penutup botol coca-cola. So, kali ni, orang dah ajak. Bagaikan orang mengantuk di sorong bantal… aku pun join diorang. Ooo.. port nya kat belakang sekolah. Memang dah ada meja2 kosong yang dah rosak. Jadi medan pertarungan rupanya… Ada lah 3-4 budak lelaki. Aku pun join skali. Tengah syok2 main, sampai lupa waktu recess dah habis. Loceng dah bunyi dah tapi tengah leading kan… Mana boleh stop… Anak murid aku dah buat muka tak puas hati… Macam2 psychology diaorang buat supaya aku kalah. Hehe.. Tapi… Tiba2, terdengar bunyi tapak berjalan ke arah kami. Alamak!!! Kantoii!!! “Cikgu Nina..!!?? Apa yang awak buat kat sini??” HhhuuuwwwaaaaHHH!!! Tu gurubesar skolah lah!! Budak2 yang lain dah cap alip bot dah… Aku jer yang terkial2, buat muka bersalah, tersengih2 macam kerang busuk, tunduk depan guru besar, tumpang lalu… Hahaha.. Nak buat camna? Aku ni pengajar sementara. Sayang betul aku dengan anak murid aku dulu. Bila Hari Raya menjelang, pasti ada yang datang ke rumah. Aku sempat lah jugak mengajar Jawi, bahasa melayu dan bahasa inggeris sekejap. Imbuhan bulanan pada waktu itu hanya RM500.00 sahaja. Tapi cukuplah untuk ku kumpulkan simpanan sebelum masuk sambung belajar di ITM. Tak lah susah bapaku mencari duit untukku kan. Ekonomi keluarga kami pun masa itu agak ekonomoney. Yang penting aku dapat mencapai impian serampang 2 mata tu. 1) Untuk simpanan duit masuk ke IPT. 2) Untuk menge’share’kan ilmu yang ada... Hehe.. Alhamdulillah, sampai jugak niat aku. ilmu pada anak bangsa. Semua tu ku jadikan memori yang indah yang aku rasa saat yang paling bahagia untuk ku. Walaupun aku ni kadang2 terpikir, yang aku ni bukanlah seorang pengajar yang baik, bukanlah seorang pengajar yang bertauliah… Tapi aku bangga, walaupun sekejap, walaupun 5 bulan, aku sempat mencipta sejarah untuk diriku sendiri. Sampai sekarang setiap kali gurubesar yang mengantoi kan aku tadi, terserempak dengan my dad, mesti dia tanyakan khabar aku. Hehe.. mesti lah dia ingat… the only teacher yang terrr kantoii!! Yang penting, aku sempat menaikkan nama rumah kuning dari nombor yang tercorot kepada nombor 1. Yeaaahh! Aku pegang semua acara balapan. Emas dan perak, milik rumah kuning!! Siap training every Saturday pagi kat sekolah. Dan prestasi akedemik anak murid aku untuk darjah 2, naik 35%. Tu yang seronok berbunga2 rasa di hati teringatkan memori di sekolah kebangsaan lelaki tuh.. Ni belum lagi cerita crush dengan ustaz rock kat skolah tuh.. Hehe.. Biarlah yang lain menjadi simpanan memori indah untuk seorang pengajar sementara… Semoga ilmu yang disampai diberkati, insyaallah… Labels: Memori |
laaa ko cekgu dulu? patutlah kena pi 'sekolah' kat penang isnin lepas eh? ;p.