Thursday, February 26, 2009
Mencari Barokah Dalam Hidup

Segala apa yang kita lakukan setiap hari mestilah yang baik2 belaka. Tapi sekiranya kita tahu lebih mendalam kenapa kita disuruh melakukan perkara2 tersebut... lagi bagus sebab baru datangnyer barokah untuk diri kita.

Contoh-contoh yang diberi:-

Makan dengan tangan kanan, bukan dengan tangan kiri.

Kita disuruh Nabi Muhammad untuk menggunakan tangan kanan kerana tidak mahu samakan manusia dengan syaitan. Syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.

Baginda bersabda,

Jika salah seorang di antara kalian makan, hendaklah makan dengan tangan kanannya, dan jika minum hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana syaitan makan dengan tangan kirinya, dan minum dengan tangan kirinya.”

Kalau diingat2 balik, kalau aku makan steak menggunakan fork and knife... agak2 tangan mana yang suap makanan ke mulut? Paaaandaai pun.. Macam mana yek? Hehe.. Creativity requires creative thinking.

Satu nasihat - Sebelum membasuh ikan ke.. ayam ke.. sedekahkan al-fatihah pada Nabi Sulaiman yang menjaga segala haiwan2 hingga akhir zaman. Untuk sayur2an dan buah2an.. sedekahkan al-fatihah pada Nabi Ilyas... Sambil berdoa pada Allah untuk memberkati makanan yang dimakan nanti.

Bacalah bismillah

Sebelum makan mulakan dengan bacaan Bismillah. Kalau terlupa dan sedar semasa sedang makan..

Abu Daud mentakhrij dari Umaiyyah bin Makhsyi, dia berkata,

Rasulullah sedang duduk, sementara berdekatan Baginda ada seorang lelaki yang makan tanpa menyebut nama Allah. Ketika makanannya tinggal satu suapan, maka dia ucapkan ‘Bismillahi awalahu wa akhiru’ sebelum memasukkan ke mulut. Baginda tersenyum kemudian bersabda, “Syaitan sentiasa makan bersamanya, dan ketika dia menyebut nama Allah, maka syaitan memuntahkan isi perutnya.”

Kalau dah habis makan semua, tiba2 teringat tak baca Bismillah sebelum makan.. bacalah ayat yang sama di atas. Takpe.. aku pun selalu gitu gak. Hehe..

Syaitan memang makan bersama dengan kita lupa baca Bismillah. If u want to know an interesting fact... satu manusia lahir bersama2 dengannyer lahir juga satu syaitan. Akan tetapi, satu manusia mati, tiada satu pun syaitan turut mati. So.. just imagine berapa ramainyer syaitan di akhir zaman ni. No wonder the human race becomes worst over time. Termasuk aku ler.

Satu nasihat – Syaitan tidak akan berjaya sekiranya anak cucu Adam sentiasa dalam keadaan ada wudhuk dan memulakan apa2 pekerjaan dengan Bismillah. Tapi.. jangan lah sebelum nak mencuri pun baca Bismillah.. Hilang akal ke apa?

Makan Makanan Kegemaran Nabi

1) Labu

Al kesah diceritakan dari Annas Abu Malik. Satu masa Nabi bersedia untuk bersantap. Tangannya seakan2 sedang mencari sesuatu. Pada ketika itu ada beberapa hidangan di hadapannya yang bertutup. Akhirnya dia terjumpa hidangan kegemarannya iaitu masakan dari sayur labu. Siti Aisyah juga bercerita Nabi pernah bersabda, “Jangan lebih-lebih banyakkan barang lain kecuali labu” kerana labu dikatakan memiliki banyak khasiat.

Bagi we ladies terutamanya. Kerana ia dapat menguatkan hati perempuan yang berdukacita. Generally, ia dapat menambahkan ingatan seseorang.

2) Kacang Adas

Ada juga diceritakan sejenis makanan yang popular dan dimakan oleh 40 Nabi-nabi iaitu kacang adas. Bijirin kecil bewarna kuning. Barangkali kacang dhal agaknyer. Aku pun tak tahu. Kena Tanya orang arab gamaknyer. Kerana khasiatnyer untuk membersihkan lidah. Maksud disini untuk bercakap benar, kata2 yang keluar dari mulut tidak menyakiti yang lain, rajin membaca Al-Quran dan rajin berzikir.

I think I have to stock up more of these to keep my mouth from blabbering nonsense... I guess. Tapi.. aku rasa tak susah pun kalau nak ikut sunnah Nabi kerana it is a good way of life. Kalau aku start from these simple ways, insyaallah we can do more good things in life. Cuma aku rasa kene mohon selalu dari Yang Esa atas segala keberkatan dalam perjalanan hidup seharian aku. No one is purrfect but that is not an excuse either.

Note: Aku tahu kekadang cara aku meng’explain’kan sesuatu tu memang banyak ‘conflict’nyer. Aku nak terangkan benda yang baik.. akan tetapi.. pilihan perkataan, ayat dan cara aku tu tak tally dengan objektifnyer. Because right now I am a conflict even to my own 2 sides of the personalities. Tengah nak cari balance neh... Therefore, mohon ampun dan maaf sekiranya terrrsalah anggap. Bukan begitu hasrat di hati. Then again, semua ni peringatan untuk diriku sendiri. Kalau yang baik tu... datang dari Allah... dijadikan iktibar. Yang tak baik tu... aku yang punya.

Labels:

posted by Insan Bokoh @ 4:57 PM   2 comments
Sunday, February 22, 2009
Kampung Lestari

Mesti bos aku selalu tertanya2 kenapa lah staff aku yang sorang ni punch out tepat-tepat 5.30pm. Hehe.. Dia tak tahu tapi orang lain pun tahu... Aku nak balik ke Kampung Lestari secepat mungkin. Orang kampung kata taman ini adalah kampung.. disebabkan suasana dan pergaulannya ala2 kampung. Tak nak lagi dah hati ni berjiwa KL. Bosan dah dengan cara hidup pentingkan duniawi KL. Semuanya indah tapi sementara. Nasib baik aku ada kampung baru yang aku temui ini. Sekurang-kurangnya ada tempat mengisi sedikit ketenangan di hati ni.

Jalan seperti biasa asek jam. 1 jam 10 min baru sampai umah. Muka aku berkilat, berminyak2 buat kerja sales kat luar. Kadang2 aku jadik courier boy. Hehe.. Buat kerja pick-up, ala2 DHL. Cuma aku takde lesen GDL jer.. kalau ada, silap2 aku tukar career line! Kalau ada kesempatan, aku nak citer gak kisah hidup aku setahun yang lepas ni. Takpe.. next chapter.

So, dah sampai umah, aku sempatkan diri untuk bersihkan diri, sembahyang Asar. (I know.. tak baik sembahyang lambat tapi nak buat camna.. terpaksa..) Pastu makan cara express. Then, start enjin kete, terus gi surau. Jemaah lelaki hari2 ramai. Perempuan, kadang-kadang 2-3 orang, termasuk aku. Kadang2 ramai gak, penuh satu saf. Ada je activity kat surau. Ada belajar membaca al-quran, ada juga belajar marhaban, etc. Termasuk lah aku ni yang baru terhegeh2 nak belajar sama. Hehe...

Setiap hari ada kuliah Subuh dan maghrib di surau ni. Nak gi kuliah subuh, takleh beb. Kuar umah gi keje kul 6.45am. Kalau tak.. masak aku dibuatnye.. nak kuar kampung, kalahkan KL jamnyer. Yang sempat aku dengar ialah kuliah maghrib je. Itu pun bersyukur benar sebab Ustaz CD nak berkongsi ilmu dengan warga kampung. For free beb...! Pengalamannya belajar di Mekah selama 13 tahun dikongsi dengan kami yang selalu ternganga2 mulut mendengar ajarannya. Keh!kehh! Boleh tahan lawak gak ustaz ni. Kadang2 sampai terlupa yang aku ni dok saf paling belakang, tapi tawanya sampai dulu di depan. Alahai.. apalah aku ni... Terrrover la tuh.

Tapi apa2 pun.. aku nak panjangkan apa yang aku pelajari di surau. Aku tau.. ustaz CD mungkin tidak lama di kampung ni... Tak sampai sebulan lagi, dia bersama keluarganya akan kembali ke Tanah Suci Mekah. Ilmu didada masih kurang katanya. Hmmm.. kadang2 terasa rugi jugak. Aku ni dah lebih 10 tahun tak dengar ceramah di surau2 atau di masjid2. Kat tv pun aku tukar ke channel lain. Tak gerek lah fren. Apa?? Gi surau?? Gi lepak KLCC lagi syok.. ke.. pekena teh tarik kat Bangsar lepak sampai pagi lagi syok.. Mana yang tak sedar diri tuh.. sampai ke tua puuuun clubbing.. lagi syok. Ye tak...? nak berubah bukannye senang. Hati dan roh tengah sakit. Susah gak nak cerita perihal hati. Sebab hanya Allah je yang tau.

Cerita pasal berubah ni.. teringat pulak cerita 2 ½ years back. Aku cuba tukar diri aku, imej aku, prinsip hidup aku... Mungkin terlampau abrupt sangat sampaikan ramai yang tak boleh terima aku yang berwajah baru ni. Kata orang aku ni di’mandrem’ (Kuntumrabaraba!!!)... Haha.. apalaaa.. sampai ke situ kawan2 aku pikir.. Think long long oso cannot. Think short short oso cannot!

Tu lah.. nak buat camna.. aku sedar dan tahu siapa diri aku. But at the same time, aku nak selalu ingatkan diri aku ni. Aku pun tahu, aku hanya di makam awam. Iman masih senipis kulit bawang. Hati aku tak tepat lagi neh! Mulut aku pun masih laser lagi neh! Ishk!Ishk! Banyak lagi yang perlu aku perbaiki. Apa2 pun.. Aku bersyukur sangat. Aku rasa aku tahu apa yang aku harus lakukan dan arah mana hala tuju hidup aku selepas ni...
posted by Insan Bokoh @ 3:56 PM   5 comments
Thursday, February 12, 2009
One Moment Listen Please

The Moment you are in Tension
You will lose your Attention
Then you are in total Confusion
And you will feel Irritation
Then you will spoil personal Relation
Ultimately, you won't get Co - Operation
Then you will make things Complication
Then your blood pressure may raise Caution
And you may have to take Medication
Instead, understand the Situation
And try to think about the Solution
Many problems will be solved by Discussion
This will work out better in your Profession
Don't think it's my free Suggestion
It's only for your Prevention
If you understand my Intention
You will never come again to Tension



-
Bill Gates

Labels:

posted by Insan Bokoh @ 9:46 PM   9 comments

about me
My Photo
Name:
Location: Johor, Malaysia

Life is short and sweet, if you play the cards well.



My Wish

What i write in here is only an expression of my mind. I would rather say it in words rather than spitting it out outward. Coz, i know, my mouth is unstoppable. Terlajak perahu boleh di undur... Terlajak kata, sendri mau ingat... Insan Bokoh reserves the contents in this blog for personal use only.

Title
Archives
Sekadar Hiburan






Words of Wisdom

Everyone thinks of changing the world but no one thinks of changing himself.

Put On A Smile

There was a blonde, a brunette, and a red head escaping from jail. The brunette ran up a tree and a police officer yells "who is there?" and the brunette says "tweet tweet". So the police officer walks away. Then, the redhead runs up the tree and the police officer says "who is there?" and the red head says "meow" so the police officer walks away. So the blonde runs up the tree and the police officer says "who is there?" the blonde says "moooo"

Psychiatrists At Work

Links