Friday, October 30, 2009
Peristiwa Badminton Ku

Ni nak citer sket ni... Sekarang ni aku malu sikit nak ke tenis court sebab ramai orang dah tau aku nilah orangnyer yang tertanggal tapak kasut masa 1st time masuk court dulu.. Hehe.. Tapi aku turun gak kadang2 temankan kwn aku, Amy.


Sebenarnye hati ni kuat nak main badminton. Dulu aku main boleh smash sokmo. Itu duluuuu... Skarang ni dah 4 tahun ++ dah tak main. So, skill tu dah berkarat. Akan tetapi..sebab nak main jugak, aku pegi jugak ke dewan badminton tu. Bila sampai, buat stretching sket, pastu, aku selamba jer ajak sorang mamat stroke dgn aku. (ahem.. mestilah pilih yg paling hensem dan muda sekali) Sebenarnya.. aku nak brush up balik stroke aku... Fullamak.. Memang betul sangkaan ku. Pukul angin memanjang. aku terima. Aku berazam nak improvekan permainanku.


So, semalam adalah hari ke-2 aku ke court badminton tu. Alamak! Ramai nyer lelaki. Seluas mata memandang lah. Tua, muda, pendek, panjang, suma saiz dan bentuk pun ada. So, aku pun dok kat bench tunggu turn. Bila ada kosong court, aku pun masuk. Warm up dgn ketua jabatan aku. Bestnyer rasa kat dalam hati ni dapat pegang raket balik...


Spoiler of the year : Main tak sampai 5 minit, aku disuruh keluar oleh captain team badminton tu. Hmmm... Nak buat camna.. dah captain kata, aku akur... Ye la, aku ni setakat main wakil cabuk jer, captain pulak wakil Johor dan belia Malaysia. Kami pun dok balik kat bench. Muka aku toya jer. Tak sampai 5 minit, ketua jabatan aku lak nak balik... Fussssss... Merajuk ker? Dah lepas 20 minit, aku plak yg angkat kaki balik umah.


Moral of the story: Kene main tenis jugak lah gamaknye... huhhhhuuuu...

Labels:

posted by Insan Bokoh @ 5:40 AM   7 comments
Monday, October 26, 2009
HANA KIMI
I've found something!! If you know me earlier... you would think that i've gone crazy... How can i explain??! I'll show you - in my own way.

Hana Kimi - a comic series that is famous among Japanese youngsters. Currently - comic readers all over the world.

Introducing : Ashiya Mizuki - a japanese teenage girl residing in USA.
She had one dream. To meet face to face with her high jumper idol. The only one that gives her inspiration and true admiration. At last her dream came true. He came to one of the sports training camp in US. While on her way to see her high jumper idol, she was kidnapped by a group of thugs. I don't know how or why... Her idol came running saving her that night.

Intoducing : Sano Izumi - the coolest guy that can make a high jump looks sexy... I mean it.. I'm not kidding!
However, Sano could not escape the thugs, he was attacked and got injured.
In short - he was not himself since then.

The real Sano - handsome and cool guy.
In order to save her idol, Ashiya puts aside her selfishness and disguises herself as a boy (a pretty one), flew all the way to Japan and enrolls herself as a 'student transfer' to the all boys school called Osaka High. Main criteria to join in : Looks.. looks.. and looks..

What I love the most bout this series.. There are lots of fun/funny characters and funny incidents. Comics.... what would you expect?

Namba-sampei : the adorable but bezerk Dorm 2 leader. Kayashima : Mystique guy.

THE KISSING MONSTER scene with Kagurazaka

Natsuko surprised himself as he's involve in a love triangle and believes he's truly gay.

The love triangle


Inspecting Ashiya's upper body muscles.. I'm not lying... ok..
Outcome= Ashiya has no upper body muscles.. hehe..

What i like the most is Natsuko's humor, genuinely funny expressions and at the same time... he understands what love means.. He totally gets it!!!
One and half day spent in bubbles and laughter.
Neither too young or too old to be able to watch this.
Thumbs up!


Labels: ,

posted by Insan Bokoh @ 7:46 AM   2 comments
Friday, October 16, 2009
Mp3Raid music code
posted by Insan Bokoh @ 7:15 PM   2 comments
Sunday, August 16, 2009
Hari Pertamaku Bermain Tennis
Oh! Kasutku!

12.30pm:
Emy mengajakku main tennis tadi. Fusss... Macamana ye? Raket aku dah dibagi orang! Dulu aku janji taknak main sukan lagi. Kasut sukan aku ada 4 pasang. Tersimpan je kat dalam kotak. entah muat ke tidak seluar sukan aku... Aku kata ok dulu lah.

5pm:
Bisikan hati aku sepanjang perjalanan pulang ke rumah (2 minit dah sampai umah dah). Cuaca best neh! Tak panas sgt. Nak solat dulu, baru bersiap lah.

5.45pm:
Huhhh.. Semangat neh! nak main tennis neh! 5 tahun aku tak pegang raket main neh! Nasib baik track bottom aku muat lagi... Legaaaa... Kasut nike aku nampak cam ok je. Aku pun sarung kasut, start enjin, trus belah.

6pm:
Yeyeh! Kat court dah. Uisshhh, ramai nyer lelaki... aku ngan emy je pompuan kat court tu. Segannya. Aku main stakat wakil skolah jer Emy wakil M'sia... camna neh? Takper ah. Buat yang terbaik. Hehe...

Aku partner dgn Pak Tatang, seorg Ir. dari Jakarta. Lawanku Emy dan Pak Sani. Raket, aku pinjam Emy nyer.... Aku pun mula main....

aku lari kiri, lari kanan, tunjukkan ada initiative nak kejar bola... Fussssshhh...Fussshhh... (alaaaa.... macam bagosss) Walaupun beberapa kali tak kene hit pun takper, janji kakiku gerak.

6.23pm:
Alamak!! Ada yang tak kene la dengan kasut ni... Kasut aku sudah ada buaya lah! Aku pun bagi isyarat break skejap. Dengan tersengeh2 bagaikan kerang busuk... aku jln ke tepi court. Tgh2 jln, tanggal habis tapak kasut aku!!! Oh!! Kasutku!! Huhhuuu.... aku sedih kasut aku jadik mcm ni...

(Kih Kih Kih)

Siot betul..! Tgh sedih pun ada org gelakkan aku. Rupa2nya yng lain pun tergelakkan aku sbb ada org buat announcement tapak kasut aku tanggal. Huwwaaahh!!!!

Tapi, inikan 1st day aku kat court tuh! So, aku lagak cool ler. Kalau dah lama kenal, sure aku hempok2 kan jer tapak tu kat sorang2. Hahaha...

Moral of story: Check dulu sebelum pakai. Apa2 bende pun.... Ni baru kes kasut.. Kalau kes lain, camna?

Labels:

posted by Insan Bokoh @ 8:24 PM   7 comments
Thursday, August 13, 2009
Hati Yang Lara Perit Dirasa
Hatiku teruja. Akhirnya aku akan berjumpa dengan seorang sahabat yang aku rindui. Teletah anaknya, ramah isterinya... teringin sekali aku meluangkan masa bersama mereka. Maghrib sudah berlalu... hujan lebat melanda tanah Selangor sejak petang tadi. Angin sejuk menyapa wajahku. Sengaja aku membuka tingkap kereta, tanpa mengira suara hingar-bingar kereta di kelilingku.
Jam tanganku menunjukkan pukul 9.15, malam. Aku membelok masuk ke taman yang pernah menjadi kampung halamanku. Rasa rindu pada orang kampung di sini. Banyak sejarah nya. Akhirnya, sampai juga aku di hadapan rumah sahabatku. Hmmm... gelap...suram... Aku sms. " Nina dah sampai. Ada mana?" Aku tahu mereka selalu ke surau terdekat. Aku pun turun dari kereta, terus duduk di depan pagar rumah mereka.

5 minit kemudian, sebuah motor berhenti berdekatan. Sahabatku turun dari boncengan. Dia pun berjalan ke arahku. "Eh, Kurus la Mus!" Dia tidak menjawab soalanku. Hanya memberi salam pada diriku. Ku jawab salamnya dengan kehairanan. Dia membuka pagar dan menyuruhku masuk. Lampu tidak dipasangnya. Aku duduk di kerusi yang tersedia ada di luar pintu. Mus masuk ke rumah dan menyalin pakaiannya. Sambil terdengar suara seperti berbual di dalam rumah. Baru ku perasan, tiada suara budak kecil.

Kawanku keluar dan duduk bersama dihadapanku.

"Mana Nisa? Takder ker?"

Mus seperti susah menjawab soalan itu.

"Nisa ada di kampung. Tak mahu kembali ke rumah ni lagi. Saya pun tidak tahu di mana dia sebenarnya."

Berderau darahku mendengar penjelasan tadi. Mana mungkin seorang yang aku rasa cukup beriman sekeluarganya, dari keturunan baik-baik, boleh terjadi perbalahan seperti ini...?
"Sudah sebulan lamanya" Lalu ku dengar isakan dari seorang yang bergelar ayah dan suami. Dalam gelap dia tidak dapat lagi membendung kesakitan yang dirasai. Kesakitan yang sukar dilihat... orang tak mungkin tahu dan tidak mungkin faham kesakitan yang dialami lelaki ini. "Dia sudah tidak mahu lagi dengan Mus..."

Aku cepat-cepat bertanya "Mus dah makan? Jom kita makan."

Dari raut wajahnya, aku tahu, dia perlukan seseorang untuk bercerita. Aku yakin tiada siapa di kampung itu yang tahu dengan masalah ini.

Sepanjang perjalanan, ku dengar luahan seorang lelaki. Inilah kali pertama aku mendengar rintihan hati dari seseorang yang tidak ku sangka akan menjadi selemah ini. Mendayu2 suaranya, halus sahaja. Air mata tidak berhenti mengalir. Seperti seorang yang hilang semangatnya. Di ulang-ulang kata-kata kehilangan segala harta. Aku tahu dia maksudkan keluarganya sebagai harta. Harta yang disayangi dan tiada nilai duit boleh menggantikan hartanya.

Sepanjang waktu makan, aku cuba menceriakan suasana dengan perangai biasaku. Lawak bodohku! Kadang-kadang ada terkeluar senyuman dari hujung bibir Mus. Itu sudah cukup untuk kubawa pulang nanti. Nasib baik dia makan, walaupun tidak kesemuanya...

Apabila kembali ke rumahnya, aku menemaninya buat beberapa ketika, sekadar menjadi teman meluah rasa. Kampit beras di atas meja dijadikan seperti bantal. Sekejap dikilik ke sana, kemari, dipeluk. Tiang di hadapan rumahnya juga dipeluk-peluk. Bercakap dengan pokok-pokok apatah lagi. Agaknya kalau pokok tu boleh berkata-kata, harus menangis pokok itu, bukan apa... suruh berhenti berkata-kata... Kadang-kadang aku tergelak mendengar luahannya.

"Mus berkata-kata dengan pinggan... kadang-kadang dengan tangga... bila pegang baju, cakap dengan baju..." Waahhh.... ini kes serius. Mentalnya sudah terganggu.

Aku bertekad, sejak dari saat itu, aku harus mancari isterinya. Walaupun jauh, walaupun payah, akan kuredah segala. Tidak sanggup aku melihat keluarga ini berpecah-belah hanya kerana mengikuti kata keluarganya, terutama kata abang sulungnya. Tidak pernah ku dengar dipuuskan hubungan tanpa mendengar suara, tanpa dibenarkan berkata-kata, walaupun hanya sebentar di dalam telefon. Isteri dan anak dipisahkan. Mestikah hidup kaya-raya membawa erti bahagia? Mestikah hidup mengikut adat resam membawa erti normal? Mestikah kesalahan tidak boleh diubah, dibawa berbincang? Tidak masuk akal langsung. Seseorang yang pernah aku cemburui kerana mempunyai ikatan kasih sayang yang erat, mempunyai suami yang disegani ramai, mempunyai didikan agama yang sempurna, mempunyai rupa paras dan akhlak yang baik... Semuanya tidak memberi erti apa-apa lagi...?

Aku pasti....pasti ada 'maaf', pasti ada 'peluang kedua', pasti ada 'kasih-sayang', pasti ada 'bahagia'.

Aku akan mencarimu Nisa...
Tunggu aku di sana...
Biarlah aku tahu apa kisahmu, Nisa...
Tunggu aku di sana...

Labels:

posted by Insan Bokoh @ 1:26 AM   0 comments
Saturday, August 8, 2009
Amna Yang Aman



Amna... Amna... Nengkong nengkong nengkong neng! (berulang2 nyanyian my mom) Amna pun bergerak2 ke atas ke bawah sambil bertepuk tangan.


Laa ilahaillallaaah... Muhammadurrasulullah... Itu nyanyian ku untuknyer.. Dia pun bergerak ke kiri dan ke kanan seolah meratib... hehe.. buah hati terbaru kami sekeluarga. Senyuman menggulung2. Bibir memuncung pabila memanggil kucing..anjing..burung... ooo!ooo!ooo!..


Dipandang kami pabila kami makan, minum.. Lechap Lechup mulutnye minta menjamah sedikit. Hehe... Geram rasanya nak kucubit segala.


Ku doakan.. amna.. jadilah seorang anak yang solehah... jadilah seorang yang berguna pada masyarakat, bangsa dan agama... Jadilah pengaman keluarga... Jadilah yang terbaik... Amiin...



Labels: ,

posted by Insan Bokoh @ 6:53 PM   0 comments
Wednesday, July 22, 2009
Salam Perpisahan
Alhamdulillah. Selesai sudah urasan perpindahanku. Kejam celik dah lebih 13 tahun aku kat KL. Waaah.. Lamanyer. Kalau kawin agaknye.. dah ada anak Darjah 6! Kih!Kih!Kih! SMI...

9hb Julai 2009 adalah tarikh akhir aku bekerja di Dayabumi. Wajah ceria berbunga2 mencerminkan kegembiraan yag tak terkata. Baju yang aku pakai pun warna terang. Aku sampai kat meja keje aku, tersengih2 sorang diri. Rasa mcm happy. Hari ni aku tak ler makan dgn d boyz. Aku bawak nasi lemak lauk sambal ayam for everybody. Terkenang aku... inilah kali terakhir aku nak belanja kawan2ku di opis. Dulu aku rajin masak bawakkan untuk kengkawan. Tapi sejak setahun yang lepas ni, aku tabao je kat kedai. Malasssss nak masak. Ntah naper.

Masa pun berlalu... tengahari aku makan dgn bos aku as usual. Bos aku ni asek makan best2. Aku pun follow la. Kadang2 dia dah ketandusan idea, dia suruh aku plak recommend katne nak makan. Mesti sedap dan ber-aircond. Amboi2... tak nak makan tempat panas. Malaysia so hot! Hehe... Tengah2 makan, mesti dia kata... " Nanti dah balik kampung tak dapat makan macam ni tau.. hah, makan...makan..! Jangan sampai sana, duduk diam2 dalam sarang labah2" Waaah... ini amoi kutuk aku la... Aku gelak je sebab aku rasa, sket lagi, apa yang dia kata tu jadik sungguh! Teringat saat tu... aku miss makan kat Pavillion, Suria KLCC, Soho KL...Putrajaya..
Kenangan2 lalu puuuuun banyak.

Bila petang muncul... aku terasa macam sedih pulak. Nak meninggalkan kawan2. Kat customer2 aku pun aku miss. Antaranya yang rapat:
Maybank tingkat 16
Maybank Mailroom
Sirim Mailroom
Toyota Mailroom
MIDA Admin
MMU HR
Wisma Putra Admin
JPM EPU
Jabatan Pertanian

Issssshhh... kalau nak di listkan.. suma customer aku rindu lah! Lain orang lain ragam... Sama warna rambut, lain cara... Hehe..

Apa2 pun aku sudah pun merindui kawan2ku... Life goes on...
posted by Insan Bokoh @ 6:17 PM   5 comments

about me
My Photo
Name: Insan Bokoh
Location: Johor, Malaysia

It used to be different. As life's so indifferent. Therefore, I am different.









My Wish

What i write in here is only an expression of my mind. I would rather say it in words rather than spitting it out outward. Coz, i know, my mouth is unstoppable. Terlajak perahu boleh di undur... Terlajak kata, sendri mau ingat... Insan Bokoh reserves the contents in this blog for personal use only.

Title
Archives
Sekadar Hiburan






Words of Wisdom

Everyone thinks of changing the world but no one thinks of changing himself.

Put On A Smile

There was a blonde, a brunette, and a red head escaping from jail. The brunette ran up a tree and a police officer yells "who is there?" and the brunette says "tweet tweet". So the police officer walks away. Then, the redhead runs up the tree and the police officer says "who is there?" and the red head says "meow" so the police officer walks away. So the blonde runs up the tree and the police officer says "who is there?" the blonde says "moooo"

Psychiatrists At Work

Links