Thursday, November 20, 2008
A Lost Cause 3
Aishah semakin membesar. Dia selalu di kelilingi orang2 pencen yang kebanyakannya jiran2 dan juga sahabat handai kedua ibubapa ku. Sifat semulajadinya yang peramah dan cepat mesra menjadikannya lebih popular. Petah bercakap. Pandai menjawab. Mana tak nye, asyik berlawan cakap dengan orang tua2...Oooopss sori.. orang2 lama...Hehe.. Kadang2, kita yang dewasa ni pun bole terkejut dengan statement2 innocentnye. Sesekali Aishah marah, garang ya amat... Tangannya cepat je naik nak pukul orang. Wamboooi.. Besar sangat tangan dia nak pukul orang yer... Jelingan dan lirikan mata Aishah.. haha.. masih fresh di ingatanku. Mahal sekali jelingannya... Bulu matanya lebat, panjang dan lentik, pass seperti Madhuri Dixit!!

Aku sentiasa sibuk dengan kerjaku di SKLCC. Aku selalu balik lewat malam sambil memerhati contractor membuat kerja. Berkat kesabaran ku terhadap dugaan hidup selama ini mebuahkan hasil. Alhamdulillah, aku baru saja dimurahkan rezeki. Dengan rezeki itu, aku escalate kan ke Aishah. Tidak putus ku membeli untuk Aishah. Ada saja ideaku untuknya. Masa berumur 2-3 tahun inilah syok nak menggayakan Aishah. I always think she deserves better things in life. Aku tak tahu berapa lama lagi Aishah akan bersama sebagai sebahagian ahli keluarga kecil kami. Dengan adik perempuanku yang baru kawin dan menetap di Yong Peng.. adik lelaki yang berada di asrama penuh.. Adik bongsu kami meninggal beberapa tahun sebelum Aishah ditemukan bersama kami.. Aishah saja yang menjadi penyeri keluarga kami..pada masa itu.

Setelah di pakai cantik, di jaga baik, ibunya dan makciknya mula datang kembali ke rumah kami untuk bersua dengan Aishah. Aishah yang pada waktu itu tidak tahu langsung dia sebenarnya telah dipeluk ibu kandungnya.. Setelah beberapa lama, baru kami tau cerita di sebalik keluarga Aishah. Kucar-kacir dan penuh dengan cerita-ceriti yang putar belit!! Ibunye telah bercerai dengan bapanya. Diceritakan oleh makcik Aishah sendiri, ibu Aishah tidak sanggup lagi hidup bersama suaminya kerana pernah hendak dijual ke negara Thailand. Dia melarikan diri...menyembunyikan diri.. Pada satu tahap, bapanya di buang daerah, kerana kesalahan2 tertentu.. (Aku tidak tahu tahap mana kebenaran dalam cerita2 ni.. Ia mungkin sebagai helah dan pelan yang tidak sehat lah!!)

Ada banyak lagi cerita yang aku rasa serba-salah untuk ku disclosekan segalanye.. aku sebagai seorang perempuan, tidak sanggup meneruskan cerita aib keluarga ini... sungguh memalukan.. sungguh memilukan melihat ada juga keluarga yang malang seperti ini. Aku, personally, rasa kasihan pada manusia ciptaan Allah mendapat dugaan hidup, didalam keadaan hidup yang serba kekurangan ini. Kurang agamanya, kurang resources, kurang pendidikan, kurang kasih sayang, kurang kepercayaan, kurang berdaya maju, kurang jauh pandangan fikiran.. Paradigma mentality yang serba kekurangan.. Kerana mereka hidup dalam kepompong yang dibina dari generasi ke generasi yang sedemikian...

Ya... memang setiap laluan hidup kita ditentukan Allah. Kita tidak boleh lepas dari qada’ dan qadar Allah. Tapi kita diberi aqal dan fikiran untuk memilih jalan dan haluan yang dituju... Kita diberi urat kedrat untuk berusaha... Kesalahan tidak boleh dituju2. Satu jari menunjuk ke seseorang, 3 lagi menunjuk ke diri sendiri. Aku tidak mahu menuding jari siapa yang salah, siapa yang betul. Yang aku percaya, kita wajib berusaha keras mencari kebahagian dalaman yang bersih dan luhur. Segalanya berpunca dari Allah SWT. Aku tidak mahu punyai ruh dan jiwa yang sakit... Ya Allah... kau jauhkan lah aku dari kebodohan seperti ini... Kau jauhkan lah aku dari kejahilan ini...

Kedua ibubapaku acap kali bertanyakan status ibubapa Aishah perihal hak penjagaan Aishah. Takkan Aishah hendak dibiarkan tanpa surat beranak.. Hilang katanya.. Bapaku memberi duit kepada ibunya untuk balik ke Perak dan mengurusi surat beranak Aishah... aaargghhh!!! Susah. No results. Pada mata kami, sengaja di delay-daley kan urusan Aishah ini. Hendak di pulangkan, tidak mau, kerana ibunya tidak bekerja, menumpang di rumah kakaknya itu. Nak tunggu apa yer??? Nak tunggu Aishah nak masuk sekolah? Nak tunggu bapa Aishah habis hukuman? We all ok jer, kalau nak serahkan balik time tu. Aishah baru 2 tahun... Abang Aishah sudah pun di berikan kepada sebuah keluarga di Yong Peng. Senang pula yer.

Akhirnya, kami dapat juga surat sumpah dari ibu Aishah menyatakan kesediaannya untuk menyerahkan Aishah kepada keluarga kami. Alhamdulillah.. bermulalah kesah hidup Aishah yang lebih adventure selepas ini... Kami juger..!!


Di pangkuan my dad

Comei laaa..

Amboi3x... cermin mata hitam beb!!

Labels:

posted by Insan Bokoh @ 9:03 PM  
9 Comments:
  • At November 24, 2008 8:26 PM, Blogger ubilepih said…

    Ksian aisah...kerana gara2 org tua2 yg tak pandai jdi manusia.

     
  • At November 25, 2008 12:40 AM, Blogger ad3ck said…

    Poor Aishah. Jagelah dia dengan baik.

     
  • At November 25, 2008 10:46 PM, Blogger Insan Bokoh said…

    Bro...
    My family kata no body is perfect dalam kes Aishah ni... Tapi kami telah cuba seupaya kami untuk memberi contoh yang terbaik.

    Adeck...
    Cerita Aishah belum habis lagi. Baru Part 3. Hehe.. kene sabar menanti..

     
  • At November 26, 2008 6:43 PM, Blogger ubilepih said…

    Aslmkm!
    Pisang ari tu dah goreng!..kak illa inform kata ianya macam Kerang sikit..kulitnya melekat..
    Blog baca buku ada perubahan..boleh buat ulasan pilem gak kat situ..kalau nat nak join tlg bagi gmail dia kat Ben.tq

     
  • At November 26, 2008 7:27 PM, Anonymous benludin said…

    nina,
    jom baca buku tu dah tukar url to www.bacawayang.blogspot.com

    nak citer buku boleh
    nak citer pilem pun boleh..

    tq

     
  • At November 26, 2008 9:13 PM, Blogger Insan Bokoh said…

    Bro...
    Pisang dah goreng separuh.. Sodap gak. Petang satu round lagi menggoreng. Haha.. Terima kasih daun keladi...

    Ben...
    ok.. ulasan buku dah ada 2 tersimpan lagi kat dalam thumb drive. Nanti betul2 ada masa lapang akan ku downloadkan sume.. hehe..

     
  • At November 26, 2008 9:19 PM, Blogger benludin said…

    ok...

    nak ulas pilem biru pun boleh..tapi yg klasik punya la...pelakon ren jeremy..haha

    bagus...tadi ubilepih baru posting entry baru.kalau boleh bagi gap 3/4 ari lebih,baru hang posting...ok

    tq,welkam,arigato

     
  • At November 30, 2008 9:08 PM, Blogger shafinar said…

    adeck...ko tgu part4, double the length of part3 hehehe!! penat aku membaca..separuh jalan jer..bos lalu blakang...sbg lagi sparuh...ada orglain lak..wa dah terikut2 'jangan pandang belakang'

    ubilepih, nat ada soalan...nape goreng pisang dgn kulit2 skali...mmg ler melekat..

    sal url jom baca buku ..nat rasa bagus sb nina dah start baca buku melayu...sorry beb! hehehe aku kutuk ko ngan diri aku sendri..
    time skolah menengah jgn harap nak dpt baca buku citer..maunyer kena bambu dgn mak aku..tp aku still kenal sapa itu ahadiat akashah, wa confirm lu xkenal...

    tp skrg ni membaca mengikut peredaran usia...heheh umur 50 dah xbaca buku citer mesti dok sibok baca kitab (dgn lebih kerap)..kuang3!!!

     
  • At December 3, 2008 12:24 AM, Anonymous benludin a.k.a mat gostan said…

    IB,
    nak beli buku masuk my website www.alfanbooks.com

     
Post a Comment
<< Home
 
 

about me
My Photo
Name:
Location: Johor, Malaysia

It used to be different. As life's so indifferent. Therefore, I am different.









My Wish

What i write in here is only an expression of my mind. I would rather say it in words rather than spitting it out outward. Coz, i know, my mouth is unstoppable. Terlajak perahu boleh di undur... Terlajak kata, sendri mau ingat... Insan Bokoh reserves the contents in this blog for personal use only.

Title
Archives
Sekadar Hiburan






Words of Wisdom

Everyone thinks of changing the world but no one thinks of changing himself.

Put On A Smile

There was a blonde, a brunette, and a red head escaping from jail. The brunette ran up a tree and a police officer yells "who is there?" and the brunette says "tweet tweet". So the police officer walks away. Then, the redhead runs up the tree and the police officer says "who is there?" and the red head says "meow" so the police officer walks away. So the blonde runs up the tree and the police officer says "who is there?" the blonde says "moooo"

Psychiatrists At Work

Links